Anak-anak secara lumrahnya memang sukakan perhatian daripada ibu bapa mereka. Ketika mereka sedang membesar adalah saat paling sesuai untuk ibu bapa mengajar mereka tentang adab dan peribadi yang baik supaya dapat menjadi panduan apabila dewasa nanti.
Jangan lupa untuk sentiasa mendoakan anak, jadikan amalan dan lakukan dihadapanya agar kelak dia membesar menjadi manusia yang sentiasa memohon daripada-Nya dan sentiasa bersyukur ke atas kurnia-Nya.
Berebut-rebut la tangan ibu ni nak letak pada ubun-ubun dorang. Tersenyum-senyum la ibu melihat keletah dua beradik ni.
Sebagai ibu, jangan sia siakan peluang yang Allah bagi. Doa setiap masa, doa tanpa henti, cakap yang baik-baik dan akan jadilah yang baik-baik.
Doa ibu tiada hijabnya.
Amin Ya Allah Ya Mujib
=================================
Letakkan tangan di ubun-ubun kepala anak. Mulakan dengan Asmaul Husna.
Ya Fattah
Ya Alim
Ya Nur
Ya Hakim
Ya Rashid
Ya Hafiz
Ya Muhaimin
YA ALLAH BUKAKAN PINTU KEFAHAMAN DAN ILMU PENGETAHUAN, CAHAYAKAN HIKMAH KEBIJAKSANAAN, KECERDASAN DAN KEPINTARAN KEPADA ANAK2 KAMI ( sebut nama penuh anak) DAN JAGAKAN ANAK KAMI DALAM JAGAANMU DAN PENGAWASANMU YA ALLAH.
Seterusnya titipkan doa ini.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
الرَّحْمَنُ (1) عَلَّمَ الْقُرْآنَ (2) خَلَقَ الْإِنْسَانَ (3) عَلَّمَهُ
الْبَيَانَ (4)
Pasakkan niat ibu ayah buat anak-anak.
Ya Mujib.
Semoga bermanfaat buat semua ibu sekalian. Amalkan setiap pagi dan malam sebelom tidur dan sentiasa doakan anak supaya menjadi umat yang baik, yang soleh serta solehah dan memberi manfaat kepada semua. Insyaalah diperkenankan hendaknya..
#sharingiscaring
Kredit: Sheila Amir