Ingin Menjadi Rider? Daftar Sebagai Shopee Food Rider Malaysia Disini Sekarang! Ia merupakan perkhidmatan atau perkhidmatan penghantaran makanan yang ditawarkan melalui aplikasi shoopee food dalam talian yang dihantar melalui perkhidmatan rider.
Pengguna platform shopee kini boleh memesan makanan dalam talian dan menghantarnya terus ke rumah mereka seperti aplikasi grabfood dan foodpanda. Pesanan melalui shopeefood rider hanya tertakluk kepada pengguna yang tinggal di Lembah Klang, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Sabah.
Bagi pengguna yang berada di luar lokasi, mereka tidak boleh mengakses fungsi memesan makanan daripada mereka. Ini kerana persaingan antara Grab dan Food Panda sangat sengit menyebabkan ShopeeFood Malaysia masih mempertimbangkan usaha mereka dalam memperkenalkan shopeefood ini kepada masyarakat.
Cara Daftar Shopee Food Rider Malaysia
Shopeefood Malaysia membuka banyak peluang pekerjaan kepada golongan muda hari ini.
Bagi individu yang berminat untuk buat ShopeeFood registration, berikut merupakan cara daftar ShoopeFood yang perlu diikuti langkah berikut:
- Pemohon hendaklah melayari laman sesawang https://shopee.com.my seperti pada Rajah di bawah ini
- Kemudian, pemohon akan dipaparkan dengan halaman khas serta-syarat shoppe food rider untuk mula memohon.
- Seterusnya, tekan butang “Daftar” untuk mulakan proses register shopee food rider.
- Pemohon akan dipaparkan dengan Borang Pendaftaran Rakan-Penghantar ShopeeFood Malaysia (Klang Valley) yang juga boleh didapati melalui laman sesawang https://docs.google.com seperti pada Rajah di bawah ini.
- Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan dengan tepat dan betul bagi memboleh proses daftar rider shopee food tiada sebarang masalah
- Setelah semua maklmat diisi mengikut panduan cara daftar shoppe food rider register yang dikongsikan seperti di atas ini, tekan pada butang “Submit” untuk menghantar permohonan anda.
- Proses permohonan shopeefood rider register yang berjaya akan diemel dan pemohon boleh mula bekerja sebagai Shopeefood driver.
Syarat Kelayakan Shoppe Food
Bagi memastikan permohonan sebagai pemandu berjaya dan diluluskan oleh Shopee, pemohon hendaklah memenuhi semua syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Antara syarat kelayakan yang perlu dipenuhi ialah:
- Pemohon mestilah merupakan rakyat yang memegang kewarganegaraan Malaysia.
- Pemohon hendaklah sekurang-kurangnya berumur 18 tahun dan keatas.
- Pemohon perlulah tinggal di sekitar Kuala Lumpur, Johor Bahru, Penang dan Sabah sahaja kerana Shopeefood ini hanya terdapat di kawasan-kawasan ini sahaja.
- Pemohon mestilah mempunyai motosikal persendirian.
- Pemohon juga perlu mempunyai lesen motosikal yang sah menurut Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ).
- Pemohon mesti mempunyai telefon bimbit.
- Pemohon hendaklah tidak mempunyai rekod jenayah PDRM dan tidak disenaraihitamkan di platform Shopee.
Bagi individu atau pemohon yang gagal memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan mereka berkemungkinan akan ditolak.
Dokumen Penting Untuk Join ShopeeFood Rider
Proses permohonan daftar rider shopee hendaklah lengkap dengan maklumat yang tepat dan betul serta terdapat beberapa dokumen penting yang perlu disertakan oleh seseorang pemohon.
Antara dokumen penting yang diperlukan untuk meluluskan permohonan anda sebagai ShopeeFood Rider adalah;
- Gambar swafoto sebagai Rider.
- Gambar Salinan kad pengenalan pemohon.
- Salinan lesen motosikal yang digunakan untuk membuat perkhidmatan sebagai rider.
- Dokumen berkaitan maklumat akaun bank pemohon yang sah.
- Dokumen berkaitan maklumat motosikal, cukai jalan dan geran motosikal.
Cara Semakan Status ShopeeFood Register Lulus atau Tidak
Untuk menyemak status permohonan Shopeefood Rider anda atau tidak, Shopee akan menghubungi pemohon untuk memaklumkan status permohonan anda.
Permohonan yang berjaya biasanya akan diberitahu atau dimaklumkan melalui sistem penghantaran mesej (SMS) kepada nombor telefon bimbit berdaftar pemohon.
Sekiranya permohonan anda berjaya, Shopee akan memberi peluang kepada Shopeefood Riders yang baru sahaja menjalani sesi latihan dalam talian.
Sesi latihan ini penting untuk memberi pendedahan kepada rider baru bagi menawarkan servis terbaik kepada pengguna / pelanggan shopee.
Berapa Potensi Pendapatan & Income ShopeeFood Delivery Rider
Gaji shopee food dan Pendapatan bulanan bagi rider adalah minimum RM2000 setiap bulan dan berkemungkinan bertambah mengikut komisen yang diperolehi oleh seseorang rider jika mereka mengambil pesanan yang banyak.
Pendapatan mereka adalah fleksibel pada setiap bulan mengikut kepada kerajinan dan usaha mereka menerima dan menghantar pesanan makanan kepada pelanggan.
Rajah di bawah menunjukkan kadar bayaran rider shopee yang menerima dan menghantar pesanan makanan.
Mohon juga (Tekan Link Dibawah):
- Belanjawan 2023 : Antara Inisiatif Kerajaan Untuk Golongan M40
- Ujian Memandu Percuma Untuk Semua Rakyat Malaysia
- Kategori Yang Menerima Bayaran Bantuan STR RM3100 – Semak Sekarang!
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021