Bagi penggemar kacang, pastinya kacang goreng berempah antara kudap-kudap pilihan utama. Kacang goreng berempah memang sesuai sebagai hidangan kudap-kudap ringkas ketika menonton TV.
10 Khasiat kacang tanah kepada kesihatan
1. Baik untuk kesihatan jantung
Kacang tanah baik untuk meningkatkan kesihatan jantung sekaligus mampu mencegah penyakit seperti penyakit jantung koronari yang boleh menyebabkan kegagalan jantung dan kematian. Kacang tanah mampu membantu menurunkan kolesterol, mencegah arterosklerosis (penyumbatan salur darah) sekaligus mampu mengelakkan penyakit strok. Hal ini kerana kacang tanah tinggi dengan lemak tak tepu, antioksidan dan mineral yang boleh membantu menurunkan kolesterol jahat dan mencegah keradangan di dalam badan.
2. Pembentukan tisu badan
Kacang tanah juga merupakan sumber makanan yang tinggi dengan protein. Oleh itu, ia juga bagus untuk pembentukan tisu-tisu badan. Protein juga penting untuk fungsi tubuh, termasuklah untuk sistem pencernaan dan pembiakan.
3. Membantu menurunkan berat badan
Di samping itu, kacang tanah juga boleh membantu untuk menurunkan berat badan. Memandangkan ia adalah sumber lemak baik, protein dan serat, ia sesuai untuk dijadikan snek bagi orang yang ingin menurunkan berat badan. Pengambilan kacang tanah juga mampu memberi rasa kenyang sekaligus mampu mengelakkan pengambilan makanan yang berlebihan dan boleh membantu mengawal pengambilan kalori semasa proses menurunkan berat badan.
Kajian yang dijalankan terhadap orang yang berlebihan berat badan mendapati bahawa diet yang mengandungi kacang tanah boleh menurunkan lebih banyak berat berbanding diet yang tidak mengambil kacang tanah walaupun masing-masing mempunyai kawalan kalori yang sama.
4. Mengurangkan risiko penyakit diabetes
Kacang tanah adalah sejenis makanan yang mempunyai indeks glisemik yang rendah di mana pengambilannya tidak akan menyebabkan peningkatan paras gula yang tinggi dengan cepat. Oleh itu, ia boleh membantu mengawal paras gula dalam darah. Kajian yang dijalankan mendapati bahawa pengambilan 63g kacang tanah yang dipanggang dan dihancurkan pada waktu makan pagi mampu mengurangkan pengambilan karbohidrat dan menurunkan paras gula dalam darah.
Bukan hanya menjadi pilihan hidangan harian, malah kacang juga mula terkenal sebagai hidangan kudap-kudap untuk hari raya. Tetamu yang datang pasti tak melepaskan peluang untuk merasai keenakan pelbagai jenis kacang. Lebih bertambah enak jika dibuat sendiri kerana tak semua yang dijual dipasaran kena dengan citarasa kita. Ikuti resipi mudah yang dikongsi oleh Siti Azura.
Simple je rupanya nak buat kacang goreng berempah ni
Bahan-Bahan;
-500gm Kacang tanah
-5 Ulas bawang putih (ditumbuk)
-1 sb serbuk cili
-2 sb gula
-3 sk garam
-2 biji telur
-5 sb tepung gandum
-1 sb tepung beras
*sb – Sudu Besar
*sk – Sudu Kecil
Cara-caranya:
-Bersihkn kacang tanah…(bilas dan jemur kering sehari sebelum nak buat)
-Campur semua bahan (kacang + bawang putih + serbuk cili + gula + garam + telur)
-Gaul sampai sebati
-Masukkan tepung gandum dan tepung beras, gaul sampai sebati
-Bila dah masak, angkat dan tapis/toskan minyak sebelum dimasukkan dalam bekas.
Sangat mudah disediakan dan menjadi kegemaran kanak-kanak serta orang dewasa. Sedap dimakan begiru sahaja atau dimakan bersama air teh atau kopi panas. Kacang ini bole disimpan di dala bekas kedap udara dan bole bertahan selama beberapa bulan.