STR Fasa 4 : Status Semakan Rayuan & Pembayaran. Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.
Pembayaran STR Fasa 4
Kementerian kewangan, telah mengumumkan bahawa pembayaran str fasa 4 telah dilaksanakan secara berperingkat pada 7 november 2023.
Melalui bantuan ini, penerima akan mendapat bayaran mengikut kriteria kelayakan mereka.
Pembayaran akan dibuat secara automatik terus ke akaun bank penerima, manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran boleh dibuat di cawangan bsn malaysia mulai 7 november 2023.
Jumlah Bayaran Semua Kategori
Semakan Status Rayuan
Semakan status kelulusan permohonan rayuan STR Fasa 4 telah dibuka mulai 7 November 2023.
Pemohon boleh membuat semakan jumlah bayaran yang akan diterima sekiranya LULUS RAYUAN.
Sila rujuk cara membuat semakan seperti di bawah:
- Layari laman web rasmi STR 2023 di pautan https://bantuantunai2023.hasil.gov.my/
- Semak status anda
- Jumlah bayaran yang akan anda terima akan dipaparkan seperti contoh di bawah:
Anda juga boleh membuat semakan melalui peti mel STR
Sebelum ini, LHDN memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 2 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.
Permohonan baharu dan kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 3 kepada penerima STR yang layak.
Bagi yang lulus rayuan dalam Fasa 4, anda akan menerima bayaran fasa 5, seperti yang dinyatakan dalam paparan di laman web Sumbangan Tunai Rahmah di bawah:
Kod Alasan Tidak Lulus, Tindakan & Dokumen Diperlukan (Rayuan STR)
PENGESAHAN PENGENALAN KOD ALASAN 01 / 02 / 03
Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa Permohonan Rayuan STR?
Dokumen pembuktian pengenalan adalah tidak diperlukan. Semakan pengenalan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan.
Saya Tidak Lulus kerana maklumat pengenalan Pasangan / Anak berbeza dengan data agensi. Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa Permohonan Rayuan STR?
Dokumen pembuktian pengenalan adalah tidak diperlukan. Semakan pengenalan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan.
Permohonan STR saya Tidak Lulus kerana semakan rekod agensi mendapati pendapatan pemohon / pasangan melebihi RM5,000 (bagi kategori Isi Rumah) / pendapatan pemohon melebihi RM2500 (bagi kategori Bujang). Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa Permohonan Rayuan STR?
Dokumen pembuktian pendapatan pemohon / pasangan adalah tidak diperlukan. Semakan pendapatan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan.
Saya Tidak Lulus kerana pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi kelayakan pendapatan yang telah ditetapkan (Kod 72). Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa Permohonan Rayuan STR?
Bagi kod 72 (semakan yang dilaporkan pada borang melebihi kelayakan pendapatan yang telah ditetapkan). Pemohon perlu melaporkan maklumat pendapatan yang sebenar pada Borang Permohonan Rayuan STR.
Adakah saya perlu mengemukakan dokumen maklumat perniagaan pemohon / pasangan agar Permohonan Rayuan STR saya dipertimbangkan?
Tidak. Semakan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan.
Saya merupakan Pemegang Saham tetapi syarikat berkenaan berstatus tidak aktif. Saya juga sudah tidak berhubung dengan Pengarah Syarikat berkenaan. Adakah saya layak untuk membuat Permohonan Rayuan STR?
Ya. Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan. Semakan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
Permohonan STR saya Tidak Lulus kerana memiliki perniagaan. Perniagaan saya dijalankan oleh anak saya. Apakah dokumen yang boleh dikemukakan semasa Permohonan Rayuan STR?
Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan. Semakan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
Permohonan STR saya Tidak Lulus bagi kod 22 / 23 / 24 berkenaan status pemilikan kenderaan melebihi had kemampuan golongan berpendapatan rendah (B40). Sekiranya kenderaan tersebut diperolehi hasil daripada cabutan bertuah / hadiah daripada peraduan / majikan, adakah saya perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan semasa tempoh rayuan STR dibuka?
Tidak. Semakan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :
- Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Hotline STR LHDNM
- Hotline STR MoF
- Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
Mohon juga (Tekan Link Dibawah):
- Bayaran Akhir STR Fasa 4 Sudah Dikreditkan Kedalam Akaun BSN, Maybank, Cimb..
- Semakan Status Pembayaran STR Fasa 4 Bagi Semua Kategori Yang Layak
- Tarikh Pembayaran Bantuan JKM Bagi Bulan November 2023
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021