Sumbangan Rm “1 Juta” Kepada Rakyat Yang Terjejas – Sultan Kelantan

Prihatin dengan nasib rakyat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, Sultan Muhammad V berkenan menyalurkan sumbangan RM1 juta kepada golongan asnaf yang terkesan akibat Covid-19.

Menurut kenyataan rasmi, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, sumbangan itu menggunakan peruntukkan bagi program baginda di sepanjang Ramadan lalu.

“Perkara berkenaan mendapat perkenan Sultan Kelantan sebagai Ketua Agama Islam Negeri sebagaimana peruntukan Perkara 6 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

“Baginda juga mengambil maklum akan susah payah rakyat jelata dalam mengharungi kehidupan ketika negeri masih lagi berdepan dengan Covid-19…
“…dan juga pelaksanaan PKP 3.0 serta sekatan pergerakan penuh yang sudah tentu turut menjejaskan ekonomi termasuk kumpulan asnaf,” katanya hari ini.

Selain itu, baginda juga menzahirkan kebimbangan mengenai jangkitan wabak Covid-19 di Kelantan dimana angkanya masih tinggi walaupun menunjukkan sedikit penurunan.

Malah, Sultan Muhammad V turut berdukacita apabila fasiliti kesihatan dilaporkan kritikal dengan pertambahan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).

Justeru, baginda menyeru seluruh rakyat Kelantan untuk terus berdoa supaya dihindari daripada virus tersebut selain mematuhi garis panduan ditetapkan kerajaan pusat mahupun negeri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.