Sumpah Sedap Nasi Kari Kambing Tin Adabi Ni, Bau Dia Satu Rumah, Menyengat!!

Bagi penggemar nasi kari kambing, rasanya tak sah kalau tak masak nasi kari kambing setiap bulan. Memandangkan agak susah nak mendapatkan nasi kari kambing musim Lockdown ini, apa kata anda buat sendiri menggunakan resipi yang dikongsi dibawah.

Sumpah sedapp nasi kari kambing dengan menggunakan kambing kari tin adabi ni. Jom cuba resepi meletop kebabom ini.

Bahan bahan:
2 tin kari kambing adabi
5 pot cawan beras faiza basmathi (direndam dahulu)
2 biji bawang besar hiris
4 sekawan
2 helai daun pandan
2 sudu butter + 2 sudu minyak masak
1 biji tomato (potong dadu)
1 susu kecil garam
Akar ketumbar

Bahan-bahan:
– Kari kambing adabi 2 tin(untuk 6orang)
– Beras faiza basmathi 5 cawan sedang (di cuci /rendam 15min jika tak ada PC /jika ada PC or noxxa tak payah rendam)
– Marjerin 2 sudu + 2 sudu minyak
– Daun pandan 2 helai
– 2 biji Bawang besar hiris
– 1 biji Tomato potong dadu
– Rempah 4 sekawan
– Susu cair setengah tin
– Akar ketumbar
– Sedikit garam

Cara memasak:
– Panaskan marjerin + minyak (kita tumis dalam kuali asing dahulu)
– Tumiskan sampai wangi bawang besar, 4 sekawan, tomato dadu dan daun pandan
– Masukkan kari kambing tin dan gaul sebati
– Tambahkan susu cair
– Masukkan akar ketumbar
– Tambahkan garam sikit sahaja
– Kemudian masukkan kesemua bahan tadi kedalam beras yang telah dibasuh di dalam periuk nasi dan tekan on                                                                      – Masukkan air seperti biasa dan biarkan nasi masak seperti selalu.
– Masa nak kering nanti tu boleh la jenguk dan gaul-gaul rata, gunakan senduk kayu atau chopstick supaya beras tidak patah atau tidak cantik..Masa ni bau dia 1 rumah kemain sedap ooi..
– Dah masak nasi jangan lupa tabur kismis sama daun ketumbar….siappp😁

Resipi ayam masak merah

– Ayam separuh potong kecil (gaul kunyit sikit + garam) digoreng separuh masak ..angkat toskan minyak..
– Susu cair suku tin
– Sos cili 3sb
– Perasa

(Bahan A)
– Segenggam cili merah besar
– Bawang besar 2biji
– Bawang putih 4ulas
– Halia sikit

Blend bahan A
– Guna minyak ayam tadi tumis sampai pecah minyak bahan A tadi..masuk ayam, susu cair, sos cili, serbuk perasa dan garam.
– Masak hingga ayam empuk dan masukkan sikit bawang besar yang di hiris.

Acar:

-Potong kecil nenas , timun dan bawang besar serta cili besar.

-Masukkan kedalam bekas yang besar, gaul sebati.

-Tambahkan sedikit cuka, gula dan sedikit garam. Siap!

Bole dimakan bersama keluarga.. Sedapnya tidak terkata.. Saya suka dan anda mesti cuba tau. Bole beli di shoppe juga kalau tiada dijual di kedai atau pasaraya sebab sedang viral selalunya habis.

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih