Sungguh Tak Sangka.. Khasiat Daun Kaduk Boleh Menurunkan Kolestrol Secara Semulajadi, ok?
Hari ni motif.my nak share tentang khasiat daun kaduk khusu untuk turunkan kolestrol secara semulajadi.
Daun kaduk atau nama saintifiknya piper sarmentosum mempunyai rupa sama seperti daun sirih tetapi daunnya lebih lembut dan pedas sedikit apabila dimakan, sesuai dijadikan sebagai ulam untuk dimakan bersama dengan nasi.
Daun kaduk memiliki khasiatnya yang tersendiri terutamanya dalam bidang perubatan. Ada perkongsian daripada Aisyah tentang cara untuk merawat kolestrol tinggi menggunakan daun kaduk ni.
Hari ni terasa nak kongsi cara natural untuk turunkan tahap kolestrol. Ada orang, makan macam2 ubat pun kolestrol tak turun2, jadi why not kita cuba cara tradisional kan. Manalah tahu terus turun kolestrol tu.
Petua ni sepupu aisyahang y ajarkan, sebab dia menghadapi masalah tahap kolestrol yang tinggi. Lepas dia amalkan minum air daun kaduk ni, tahap kolestrol dia terus turun dan tak dapat dikesan lagi. Perghh! Ajaib sungguh kan daun kaduk ni kan.
Ok, begini cara untuk buat air daun kaduk. Caranya mudah sahaja, amik 7 helai daun kaduk, kemudian tuang air panas. Minum semasa ianya masih suam, sampai kolestrol hilang. Kalau nak buat ulam pun boleh dan ianya sangat lah berkhasiat tau.
Daun kaduk ini juga mempunyai khasiat lain juga seperti:
- membantu untuk merawat sembelit
- meredakan sakit gigi
- melegakan demam malaria
- lemah dan sakit tulang
- melawaskan kencing
- melegakan selesema dan batuk
- panau, bisul, kuku kena cagu ( tumbuk daun kaduk sampai hancur, lepastu sapu kat kawasan yang ada panau)
- bagus untuk masalah usus yang nipis