in

Tahniah Buat Skuad Muda Negara!

Datuk Hamidin Mohd Amin selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengucapkan tahniah kepada skuad Bawah B-18 (B-18) negara yang secara automatik layak ke pusingan akhir Kejuaraan B-19 AFC 2020 di Uzbekistan.

“Walaupun ini hanyalah permulaan. Skuad kebangsaan perlu kekal fokus untuk berdepan 11 pasukan juara dan empat naib juara yang lain pada pusingan akhir nanti.

“Apapun skuad kebangsaan berjaya bermain dengan baik, berdedikasi dan berdisiplin demi negara serta demi ibu bapa masing-masing. Anda semua telah membuatkan kami semua bangga.

“Selepas ini anda semua perlu melengkapkan diri dengan lebih baik kerana laluan kita pastinya lebih sukar di pusingan akhir,” katanya di Kemboja petang tadi.

Hadir sama Naib Presiden FAM, Datuk S Sivasundaram dan Exco FAM, Md Dali Wahid.

Hamidin juga mengucapkan tahniah kepada semua barisan kejurulatihan dan pengurus pasukan yang juga Exco FAM, Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar atas kejayaan tersebut.

Pada aksi terakhir peringkat kumpulan Kelayakan Kejuaraan B-19 AFC 2020 di Stadium Olimpik Phnom Penh, Kemboja petang tadi, skuad kendalian Brad Maloney itu mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Thailand.

Pemain pertahanan kiri, Muhamad Umar Hakeem Suhar Redzuan muncul sebagai wira apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan Malaysia pada minit ke-84. Gol itu sudah memadai buat Malaysia untuk muncul juara Kumpulan G.

Selepas mengharungi empat perlawanan, Malaysia tampil bergaya apabila merekodkan 12 mata maksimum hasil kemenangan 5-4 ke atas Kemboja, Brunei (11-0), Kepulauan Mariana Utara (10-0) dan Thailand (1-0).

Selain Tajikistan terlebih dulu menyambar tiket pusingan akhir selaku juara Kumpulan C, 11 pasukan juara kumpulan dan empat pasukan terbaik yang muncul naib juara peringkat kumpulan akan mara ke pusingan akhir Kejuaraan B-19 AFC 2020.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nadia Brian, Muizz Nasruddin Sah Bergelar Suami Isteri

Pelajar Bakar Diri Salahkan Presiden Macron