Tak G3li Lap Hingus Murid, Netiz3n Puji Sifat Sabar Guru Penyayang

Selepas berbulan-bulan duduk di rumah, murid di seluruh negeri telah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran sejak awal Mac lalu.

Berikutan itu, pelbagai ragam dan kerenah kanak-kanak dapat dilihat di laman media sosial menerusi perkongsian ibu bapa ataupun para guru itu sendiri.

Tidak terkecuali bagi seorang guru pra-sekolah dikenali sebagai Cikgu Ayu ini yang turut berkongsi beberapa video aplikasi TikTok miliknya dalam melaksanakan tugas harian di sekolah tadika.

Namun dalam banyak-banyak video, warganet tertarik melihat satu video memaparkan Cikgu Ayu sedang memujuk dan membersihkan hingus salah seorang murid lelaki.

Difahamkan, murid tersebut menangis tersedu-sedu ketika ibu bapanya menghantar ke sekolah selain mendiamkan diri di dalam kelas sebelum Cikgu Ayu memujuknya.

“Cikgu sayang oi. Air hingus pun lap lagi,” tulisnya pada kapsyen video berkenaan.

Rata-rata warganet memuji tindakan murni guru tersebut yang disifatkan penyayang dalam menjaga serta menguruskan anak murid demi si cilik menyesuaikan diri di alam persekolahan.

Untuk menjadi seorang pendidik, nilai kesabaran yang tinggi amat diperlukan agar semua dirancang berjalan dengan lancar. Moga para guru terus berjaya mendidik anak bangsa!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.