in

Tak Perlu Stres Jika Anak Kita Tak Sepandai Anak Orang Lain. Setiap Anak Dah Ada Rezeki Mereka!

Tak Perlu Stres Jika Anak Kita Tak Sepandai Anak Orang Lain. Setiap Anak Dah Ada Rezeki Mereka, ok?

Motif.my mahu ibu bapa di luar sana untuk baca artikel di bawah ini.

Sebagai ibu bapa, jangan lah kite stress jika anak kita tidak sepandai anak orang lain. Ingat lah bawah setiap anak sudah ada rezeki mereka. Untuk apa kita perlu stress?

Anak – anak bukannya trofi kita. Anak itu adalah anugerah di mana kita perlu mendidiknya dan membentuknya dengan penuh kasih sayang.

Sikap yang perlu kita ada semasa mendidik anak adalah sentiasa ingat yang setiap anak-anak mempunyai kelebihan masing masing dan kelebihan mereka itu sangat berkait bagi mereka menambah kehebatan di dunia ini.

Terdapat pelbagai cara bagi seseorang itu untuk mengindahkan dunia ini. Ada yang hebat dalam permainan bola sepak, maka dia menjadi seorang hero dalam dunia bola sepak dan telah menjadi inspirasi kepada orang lain contohnya, Ronaldo, Beckham, Pele dan ramai lagi.

Jika keistimewaannya dalam bidang memasak pula, maka kita boleh lihat contoh seperti Jamie oliver, Chef Wan dan juga ramai lagi yang hebat memasak. Jika kehebatannya dalam ilmu sains, kita boleh lihat mereka yang hebat dalam sains seperti Hawking, Einstein dan juga ramai lagi.

Pendek kata, tidak adillah untuk kita mengukur kepandainya anak kita dari segi satu aspek sahaja. Ikan tidak akan nyata pandai jika kayu ukurnya adalah bersandarkan siapakah yang paling hebat untuk memanjat. Namun jika kayu ukurnya adalah siapa yang boleh berepat paling cepat, maka bolehlah si ikan itu mempunyai peluang untuk menang juga.

Tidak perlulah kita stress dan seolah berlumba lumba dengan kawan kawan dalam membandingkan kepandaian anak anak.

Stop being stressful and start being grateful ok?

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Orked

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

SAPS

SAPS

Bahaya Stres Seorang Ibu Kalau Pasangan Tak Peduli. Nampak Macam Kuat Tapi Boleh Sampai Kelar Anak