Takes The Sky. Tarikh 18 haribulan 2, hari sabtu lalu, jenama Bulan Bintang telah ‘mewarnakan’ sekitar kawasan Menara Kuala Lumpur dengan cahaya dron dan projection mapping semasa berlangsungnya acara pertunjukan fesyen baju raya untuk tahun 2023 ‘Bulan Bintang Takes The Sky’.
Pertunjukan itu menyaksikan persembahan dron terbanyak hingga berjaya tersenarai dalam Malaysia Book of Records (MBOR).
Sebanyak 350 biji dron yang diterbangkan khas ke Malaysia untuk membuat beberapa formasi di udara seperti logo Bulan Bintang, alamat laman web Bulan Bintang, bentuk countdown watch, baju melayu, baju kurung dan kapal UFO.
Bulan Bintang Cipta Sejarah – Takes The Sky
Pengasasnya, Azzim Zahid Azmi berkata, dia membelanjakan RM2 juta untuk merealisasikan pertunjukan itu.
“Kami mahu melakukan sesuatu yang berbeza yang tidak pernah dilakukan dalam mana-mana pertunjukan fesyen. Pembentukan dron ini dibawa khas dari United Kingdom.
“Saya mendapat inspirasi selepas melihat kehebatan formasi dron ini ketika bercuti di luar negara. Apa yang saya boleh simpulkan, kos untuk formasi ini sendiri menelan kos 80 peratus daripada keseluruhan kos. Katakan untuk Bulan Bintang Takes The Sky menelan belanja RM2 juta,” katanya.
Menurutnya, acara itu turut dimeriahkan dengan ‘projection mapping’ atau pemetaan video yang merupakan teknologi baharu yang membawa penonton ke dimensi berbeza dan memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Pemetaan unjuran pada tiang Menara Kuala Lumpur memaparkan gimik dan juga nama jenis koleksi yang dipamerkan.
“Pertunjukan fesyen ini sempena koleksi raya Ready To Wear (RTW) untuk seisi keluarga yang terdiri daripada 68 rekaan dan 326 pilihan warna eksklusif. Kami menyasarkan untuk menjual sejuta unit sebelum sambutan Syawal ini,” katanya.
Selain itu, pertunjukan itu menampilkan barisan duta dalam kalangan selebriti seperti Shukri Yahaya, Sharnaaz Ahmad, Nadhir Nasar, Beto Kusyairy, Hannah Delisha dan Daiyan Trisha.
Mohon juga (Tekan Link Dibawah):
- Bantuan BKK RM150 Sehingga RM1000 Untuk Keluarga B40
- Bantuan BWE RM500 Kini Diteruskan
- Bantuan Pelajar IPT – Seluruh Malaysia
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021