Pas Perjalanan PERCUMA Tanpa Had MyRailLife KTM. Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.
Pas MyRailLife merupakan inisiatif kerajaan di bawah Kementerian Pengangkutan Jalan, yang diwujudkan bagi meringankan beban rakyat dan pada masa sama menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dalam kalangan rakyat di Malaysia.
Ayuh, ketahui lebih lanjut mengenai pas ini dan cara untuk anda mendapatkannya.
Apakah Pas My Rail Life KTM?
Pas perjalanan PERCUMA untuk pelajar sekolah Tahun 1 sehingga Tingkatan 6 dan Orang Kurang Upaya (OKU) bagi perkhidmatan laluan perjalanan:
- Shuttle Timuran (DMU) laluan Gemas – Tumpat;
- KTM Komuter sektor Lembah Klang (Pelabuhan Klang – Tg. Malim – Pelabuhan Klang & Batu Caves – Pulau Sebang Batu Caves); dan
- KTM Komuter sektor Utara (Padang Besar – Butterworth – Padang Besar & Padang Rengas – Butterworth – Padang Rengas).
Pas MyRailLife diperkenalkan untuk meringankan beban kos pengangkutan pelajar sekolah dan golongan OKU yang menggunakan perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU) dan KTM Komuter selain menggalakkan pelajar sekolah dan golongan OKU menggunakan pengangkutan awam.
Tempoh penggunaan Pas MyRailLife bermula 15 Februari 2023 sehingga 14 Februari 2024.
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Pelajar sekolah tahun 1 hingga tahun 6 (umur 7 tahun – 12 tahun)
- Pelajar sekolah tingkatan 1 hingga tingkatan 6 (umur 13 tahun – 19 tahun)
- Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Cara memohon
- Pengguna Perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU):
- Mendaftar Rekod Pendaftaran Penumpang atau Passenger Name Record (PNR) secara dalam talian melalui aplikasi KITS atau laman sesawang KTMB
- Mendaftar PNR di mana-mana kaunter KTMB antara laluan Gemas – Tumpat
- Pengguna Perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang:
- mana-mana kaunter tiket KTMB di laluan Lembah Klang.
- Pengguna Perkhidmatan KTM Komuter sektor Utara:
- Mendaftar Rekod Pendaftaran Penumpang atau Passenger Name Record (PNR) secara dalam talian melalui aplikasi KITS laman sesawang KTMB
- Mendaftar PNR di mana-mana kaunter KTMB di laluan Padang Besar – Butterworth – Padang Besar & Padang Rengas – Butterworth – Padang Rengas.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang Pas Percuma, anda boleh layari Laman Rasmi KTMB atau klik di sini
Mohon juga (Tekan Link Dibawah):
- Jawatan Kosong Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) – Minimum SPM Kelayakan!
- Senarai Penerima Yang Layak Bantuan Khas Kewangan RM350 & RM700 – Semak Sekarang!
- Ujian Memandu Percuma Untuk Semua Rakyat Malaysia
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021