Kerajaan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) menerusi Belanjawan 2022 dengan bantuan tunai tertinggi iaitu sebanyak RM2,000 bagi mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata BKM dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion, bakal memanfaatkan kira-kira 9.6 juta penerima yang akan membabitkan isi rumah mempunyai tiga anak dan lebih, selain purata pendapatan bulanan di bawah RM2,500 sebulan. “Bantuan kali ini adalah yang tertinggi berbanding sebelum ini di mana Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) hanya memperuntukkan sebanyak RM1,800.”Bantuan tunai langsung itu ditambah baik dengan memperkenalkan BKM untuk memberi lebih tumpuan kepada mereka yang terkesan,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat. Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) untuk makluman bersama.
Ramai yang dah dapat bantuan dalam Group ni.
Jom Join Group Whatsapp Bantuan Kerajaan!
Klik Sini
Apakah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) diperkenal dan bantuan tunai ditambahbaik berbanding bantuan kewangan sebelum ini agar ia merangkumi lebih ramai penerima yang layak. Berikut adalah jumlah bantuan yang diperuntukkan:
Bajet2022, kerajaan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan beberapa pembaharuan. BKM ini akan memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM8.2 bilion iaitu peningkatan berbanding 8.6 juta penerima dengan peruntukan RM7 bilion di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebelum ini.
KATEGORI 1: BUJANG, Bagi individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah seramai 3.8 juta akan menerima sebanyak RM350 seorang.
KATEGORI 2: KELUARGA, Manakala bagi isi rumah yang mempunyai 3 orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang RM2,500 akan menerima RM2,000.
KATEGORI 3: WARGA EMAS, Kategori baharu iaitu warga emas bujang yang berpendapatan kurang RM5,000 akan menerima RM600.
Tarikh Permohonan / Kemaskini Maklumat
Bagi permohonan baharu dan kemas kini BKM, tempoh pendaftaran akan dibuka mulai 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022 bagi memastikan mereka yang layak dan tiada dalam pangkalan data Kerajaan diberikan peluang untuk memohon.
Cara Permohonan & Kemaskini Maklumat
Tarikh Bayaran

FAQ Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
Dikongsikan di sini ringkasan Bantuan Keluarga Malaysia untuk rujukan semua yang dikemaskini oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri menerusi laman web BKM.
Maklumat Lanjut
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021