Telur Bagus Untuk Anak! Lauk Simple, Khasiatnya Banyak Terutamanya Untuk Otak.

Telur adalah sejenis protien yang mudah diambil, disediakan dan menjadi kegemaran ramai. Sebut je telur, rata-rata golongan tidak kira tua, muda dan kanak-kanak semuanya suka. Tak kisahlah cara masakan macam mana sekalipun, dapat makan lauk ni pun dah boleh bertambah nasinya dan ada yang menjadikan telur menu utama dalam makanan. Terdapat banyak penyediaan telor yang bole dimakan seperti telur yang digoreng, direbus atau dimasukkan kedalam menu makanan seperti sayur, sup dan makanan bergoreng sepeti nasi goreng, mee goreng, kuey tiaw goreng dan juga bihun goreng.

Tetapi ada juga ibu bapa yang risau jika anak terlalu bergantung dengan telur semata-mata. Sebenarnya jika diikutkan protein yang tinggi dalam telur sangat bermanfaat untuk membantu perkembangan anak.

Telur adalah sumber makanan yang kaya dengan protein penting dan berkualiti. Ia membekalkan asid amino yang tidak dapat dihasilkan dalam tubuh.

Selain Itu, Ia Membekalkan Beberapa Vitamin Dan Mineral, Terutama Vitamin A (Bagus Untuk Mata Anak-Anak Kita), Vitamin D (Bagus Untuk Tumbesaran Dan Menguatkan Tulang Anak-Anak Kita), Choline (Bagus Untuk MeNingkatkan Kecerdikan Minda Anak-Anak Kita Dan Menguatkan Otot-Otot Jantung), Dan Selenium (Bagus Untuk Kelenjar Tiroid Berfungsi Dengan Baik).

Jika anak-anak kita tiada masalah alahan, telur adalah sarapan yang baik. Boleh diberikan bersama roti, nasi, atau mee.

Berikan sehari sebiji, sama ada diberikan dalam bentuk telur rebus, telur goreng atau telur separuh masak.

Jangan berlebihan. Galakkan juga pengambilan lemak sihat seperti minyak zaitun dalam pemakanan mereka.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

4 Khasiat Telur Pada Kesihatan dan Tubuh Badan

1 Telur Membantu Menghilangkan Jerawat

Untuk menghilangkan jerawat mudah sahaja. Caranya gunakan putih telur dan sapukan di wajah anda, kemudian biarkan selama beberapa minit sebelum bilas. Ia bukan sahaja mampu menghilangkan jerawat, malah ia akan membuat kulit lebih lembut dan anjal.

2 Baik Untuk Kesihatan Mata

Telur juga mempunyai khasiat yang bagus untuk mata. Ini kerana Karotenoid yang ada pada kuning telur, khususnya Karotenoid lutein danzeaxanthin, sangat bermanfaat bagi kesihatan mata.

Menurut para penyelidik, Karotenoid dapat menurunkan risiko penyakit ‘age-related degeneration’ dan katarak. Zat ini berfungsi sebagai antioksidan untuk mata, melawan radikal bebas yang dapat meresap ke beberapa bahagian pada retina sehingga dapat mempengaruhi kemampuan mata untuk fokus.

3 Menjaga Berat Badan Agar Tetap Sihat

Telur adalah sumber terbaik dari protein lengkap yang mengandungi semua asid amino esensial bagi tubuh manusia. Ia juga dapat membantu mengawal tubuh menyerap kalori. Kandungan nutrisi di dalam telur adalah tinggi dan baik bagi anda yang ingin menurunkan berat badan.

4 Telur Baik Untuk Rambut dan Kuku

Telur juga mampu menjaga kesihatan rambut dan kuku anda kerana telur mengandungi sulphur yang tinggi, dan mempunyai pelbagai vitamin serta mineral.

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih

×