Tempat Menarik Bawa Isteri Melancong
in

Tempat Menarik Bawa Isteri Melancong

“Artikel ini khas untuk para suami di luar sana”

Untuk bahagiakan hati isteri sebenarnya simple je. Bawa isteri jalan-jalan pun sebenarnya boleh buatkan hatinya double bahagia. Sebab emosi isteri yang penat ini, kalau dibiar lama-lama memang boleh membawa kepada kes depresi kepada isteri kita.

Serius! ini bukan main-main. Kalau kita tengok, isteri kita yang jaga anak-anak seminggu tanpa rehat. Lagi-lagi anak-anak tengah nak membesar tu.

Kalau kita bezakan isteri yang hanya jaga anak tanpa bantuan moral suami, dengan isteri yang jaga anak-anak tapi masih mendapat sentuhan emosi kasih dari seorang suami.

Ya ampun… memang jauh beza. Tapi tak semua suami faham. Boleh pula dikatakan, jalan-jalan itu membazir masa.

Merugikan wang ringgit yang tak cukup nak dicari untuk setiap bulan. Aduhai! Bukannya suruh bawa isteri tu jalanke luar negara pun..

Lebih dari cukup bawa isteri jalan-jalan ke tempat yang boleh membahagiakan hatinya. Kalau pun sekadar jalan-jalan window shopping dan tak beli apa-apa.

Umpama kata pepatah, jauh perjalanan luas pemandangan.

Isteri, emosinya penat dan terperap, dia cuma nak tengok pemandangan selain dari rumah dia je. Tu je pun. Dah kalau susah sangat tak de idea nak bawa isteri jalan-jalan ke mana baca artikel ni sampai habis.

Nah! Kami kongsikan lokasi jalan-jalan yang tak keluar modal sangat pun. Paling tidak pun kenalah keluar duit minyak.

Lokasi tempat menarik bawa isteri melancong yang tak perlu keluar modal yang banyak pun. Ini adalah contoh tempat yang senang nak bawa isteri jalan-jalan:

1. Jalan-jalan Ke Taman Permainan

Macam kelakar je kan, bawa isteri jalan-jalan ke taman permainan. Tapi percayalah, walau lokasi jalan-jalan ini kedengaran kelakar.

Ya! lokasi ini boleh jadi lokasi yang best untuk anda seisi keluarga. Macam mana tau nak jadikan best tu.

Pertama, sebelum keluar cuba bawa makanan dan minuman dalam bakul. Boleh minta isteri sediakan serba sedikit di rumah.

Ala.. sandwich dan air oren pun dah berbaloi-baloi. Masukkan bakul. Bawa tikar sama.

Apabila dah sampai taman permainan tu, biarlah anak-anak main gelongsor ke jongkat jongkit ke. Lepas 30 minit ke sejam ke, anak-anak mesti dah penat, makanlah anak-beranak makanan yang dibawa tadi.

Kan bahagia dan senang je pun. Dapatlah rasa makan di luar rumah. Udara pun segar je. Carilah taman permainan yang banyak pokok-pokok.

Pantai Atau Hutan Lipur Pun Plan Yang Baik

Konsepnya masih sama, bawa bekal dari rumah. Tapi lebih menarik, dimana anda dan anak-anak boleh bermandi-manda di laut atau di sungai. Biasanya kalau termpat terbuka ini tak adalah dikenakan bayaran kalau ada pun RM 1-2 sahaja.

Sangat jimat dan bajet rendah. Kalau tempat macam ini pun susah nak bawa anak isteri. Susahlah nak sambung cakap, tanggungjawab tu senang kata macam rendah sangat.

Kadangkala tak tahulah kenapa, macam susah je suami nak faham benda-benda simple macam ini.

Okay, katakan dah sampai pantai atau hutan lipur. Dah alang-alang sampaikan.. cubalah plan untuk buat barbeque. Ala bakar-bakar ayam ke ikan ke, makan anak beranak. Haa.. tak ke seronok tu. Jangan lupa kemas kawasan camping tu lepas makan-makan.

Nanti anak akan belajar sama erti tanggungjawab. Lepas makan di satu-satu tempat, kemas bagi bersih. Jadi orang seterusnya nak guna mudahkan dia. Tak lah susahkan orang. Ajar sifat-sifat terpuji macam ini dari anak-anak kecil. Besar nanti dia buat pula benda baik ini dekat orang lain.

Pulang Ke Kampung Halaman (Bukan waktu raya)

Ini paling berbaloi dan senang cerita. Tapi janganlah asyik bawa balik kampung suami saja. Bergilir-gilirlah.. itu kan lebih baik.

Jadi orang rumah pun rasa bahagia bila dapat jenguk wajah mak ayah malah adik beradiknya. Bawakan isteri berjalan-jalan ke rumah saudara mara yang dia rapat. Sambil bersembang-sembang dapatlah merapatkan hubungan siratulrahim.

Kalau anda ada anak-anak ramai, waktu nak bertandang ke rumah orang, bawalah sedikit buah tangan. Perkara semacam ini dah semakin terhakis dan dilupakan orang-orang sekarang. Kalau ikut orang lama-lama, adab kalau datang rumah orang ada waktu-waktunya dan tempohnya.

Janganlah terjah tengah malam, kalau dah terpaksa bertandangan malam pun dia mesti tak datang dengan tangan kosong. Paling tidak biskut kering, setin susu pekat manis, teh ataupun gula.

Kiranya lengkaplah kalau orang tu nak jamu tetamu semula. Takdelah tuan rumah tak prepare kan. Hehe.

Mereka datang tak menyusahkan. Sekarang budaya macam tu mana nak ada dah. Ini pun nasihat berguna juga kan.

Jadi, suami bolehlah mula fikir-fikirkan mahu pilih cara yang mana. Jangan sampai emosi isteri terdera dan cedera. Kadang dia tak nampak tau dari luaran.

Isteri pendam je. Tapi bila berlarutan si isteri makan hati, sangat bahaya kerana cinta dia dekat suami pun sikit-sikit terhakis. Ya lah, macam suami dah tak ambil port dan tak sayang seperti sebelum kahwin.

Apabila dah tak ada rasa cinta pada suami itu yang bahaya. Isteri pun mulalah tak nak cara dah. Jangan ya.. hati isteri ini sensitifnya macam kulit bawang sebenarnya.

Sama-samalah kita jaga moga hubungan semakin lama, semakin cinta. Till Jannah orang kataaaa.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Adam

Adam mempunyai disiplin tinggi dalam penulisan. Setiap berita dan artikel ditulis dengan penuh teliti dan fakta. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Adam di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

cara menghilangkan jerawat

Cara Menghilangkan Jerawat & Parut Jerawat (Tips Doktor Pakar)

Ubat Masuk Punggung – Fungsi & Cara Guna