Sehingga kini masyarakat masih lagi rancak membicarakan serta berdebat juga masih sangat berharap agar pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 secara one-off diluluskan segera.
Kurang Kesedaran Pengurusan Kewangan Punca Gagal Bangkit Dari Kemiskinan- Perunding Kewangan
Menurut Perunding Kewangan, Ieza Yusof, kurangnya kesedaran dari segi pengurusan wang dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini merupakan faktor utama mengapa pihak terlibat gagal bangkit dari kemiskinan.
Beliau bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz bahawa ramai ahli KWSP akan bersara pada garis kemiskinan jika pengeluaran tambahan dilaksanakan.
Namun, itu tidak bermakna pengeluaran KWSP secara one-off tidak boleh dilakukan.
Beliau berkata, “Pendapat saya sebagai perancang kewangan, dalam keadaan semasa berlakunya wabak pandemik COVID-19 dan bencana banjir, rakyat berada dalam fasa gangguan emosi. Sebab itu, solusi yang ada hanya (pengeluaran) KWSP.
Saya Bersetuju Pengeluaran One-off..Dengan Syarat..Tahu Ilmu Cara Urus
“Saya bersetuju untuk orang yang ada jumlah wang RM10,000 itu, untuk mengeluarkan wang tersebut disebabkan bagi memperbaiki emosi itu dahulu. Tetapi dengan syarat, kita mesti tahu ilmu cara mengurus,” jelasnya.
Tambahnya, adalah lebih baik sekiranya bakal pengeluar wang simpanan tersebut diberi pendedahan dengan pengurusan kewangan yang betul sebelum mereka menerima wang tersebut.
“Kerisauan saya adalah kalau kita lihat lebih 79 % rakyat Malaysia tidak ada wang kecemasan minimum iaitu RM1,000 dan ini adalah keadaan yang sangat membimbangkan. Kalau ia tidak dibendung atau tidak diberi kesedaran tentang pentingnya pengurusan kewangan seawal gaji pertama, keadaan ini akan sentiasa berulang,” ujar Ieza.
Implikasi Pengeluaran KWSP – Tengku Zafrul
Pada 17 Januari baru-baru ini, susulan pengumuman keuntungan yang dicapai oleh KWSP, Tengku Zafrul tampil di Facebooknya menjelaskan isu serta impak Pengeluaran Khas i-Citra terhadap keluarga Malaysia, perniagaan dan ekonomi negara secara keseluruhannya.
Mohon Juga : Bantuan Insentif Perkeso RM 600 – RM 800 Sebulan Untuk Rakyat Malaysia
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021
Mohon juga : Cara Mohon Bantuan I-Fitri Sebanyak RM 400 Untuk B40