Mesti ramai yang tertanya-tanya bilakah tarikh semakan keputusan rayuan dan tarikh pembayaran bpr akan dibuat. Hal ini kerana permohonan rayuan yang telah dibuat pada Jun lalu sehingga kini masih tiada jawapan sama ada lulus ataupun tidak. Ramai yang lulus BPR fasa 1 namun gagal pada pembayaran fasa 2 atas sebab-sebab tertentu.
Tarikh Semakan Keputusan Rayuan BPR
Bernama TV pada laporan mereka 6 September lepas menyatakan bahawa tarikh keputusan rayuan BPR adalah pada penghujung September ini.
Namun begitu, tarikh sebenar yang tepat tidak disebut oleh Timbalan Menteri Kewangan, Mohd Shahar.
Beliau juga memaklumkan, “mereka yang dalam tempoh rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) tidak perlu bimbang kerana akan menerima Bantuan Khas COVID-19 (BKC), selepas keputusan rayuan diketahui hujung bulan ini.
Maklumbalas yang diterima oleh pemohon yang telah membuat rayuan pada Jun lalu.
Tarikh Pembayaran BPR
Pembayaran BPR bagi yang membuat rayuan akan dibuat sejurus lepas tarikh semakan rayuan diumumkan.
Kami dari Mingguan Kerja akan memberi info dari semasa ke semasa berkaitan rayuan BPR.
Jumlah Bayaran BPR Sekiranya Lulus Rayuan
Berikut adalah jumlah bayaran yang anda akan dapat jika lulus rayuan BPR Fasa 2
Kategori Isi Rumah RM2,500
- 0 -1 Anak: RM400
- 2 Anak ke atas: RM400
Kategori Isi Rumah RM2,501 – RM4,000
- 0 -1 Anak: RM300
- 2 Anak ke atas: RM300
Maklumat penuh mengenai pembayaran BPR Fasa 2 anda boleh KLIK SINI
Semakan Status Kelulusan BPR
Semakan boleh dibuat di laman web BPR di pautan https://bpr.hasil.gov.my/
Kod Alasan Tidak Lulus BPR
Kami kongsikan kepada anda antara alasan tidak lulus BPR Fasa 2:
- 05 – Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan
- 12 – Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Sahan / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
- 36 – Pemohon / pasangan adalah penerima GKP
- 31 – Status perkahwinan perlu pengesahan
- 39 – Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan