in

Akan Tetap Setia Dengan Suami Walaupun Diuji – Isteri Amar Asyraf

Akan Tetap Setia Dengan Suami Walaupun Diuji – Isteri Amar Asyraf | Rasanya semua orang dah dengar mengenai kontroversi cinta tiga segi antara pelakon Amar Asyraf bersama gadis yang mula dikenali menerusi pementasan teater Puteri Saadong pada tahun lalu. Berita ini menjadi lebih sensasi apabila isteri kepada Amar, Arna Salleh telah menyatakan bahawa beliau akan mempertahankan rumah tangga beliau demi dua orang anak mereka.

Sebelum ini Arna hanya mendiamkan diri namun apabila gadis yang dikenali sebagai Ellika Azman tanpa membuat pengakuan, dia perlu memperbetulkan segala tuduhan yang dilemparkan.

“Berilah ruang kepada Amar untuk mencuba menjadi insan yang lebih baik. Saya juga bukanlah isteri yang baik, oleh itu, saya tidak akan meninggalkan Amar saat dirinya diuji.

“Jangan hancurkan kerja keras awak (suami) selama ini dan jangan menangis sendiri… Kita perlu pandang ke hadapan kerana kita ada banyak perancangan,” luahnya dalam entri di akaun media sosial.

Melalui gambar yang dimuat naik dilaman sosial Instagram Arna, beliau juga telah mendedahkan perkara yang berlaku dalam rumah tangga mereka termasuklah Amar yang perlu curang dengan wanita lain.

ANTARA luahan dikongsi Arna di media sosial berikutan kontroversi dicetuskan suami. Dalam catatan tersebut, Arna mendakwa:

“Pada 2015, selepas pulang daripada mengerjakan umrah, Amar mengaku sering berkomunikasi dengan seseorang. Marah dan kecewa, semuanya bercampur baur.

“Namun, saat itu, saya lebih memilih untuk memaafkan kedua-dua pihak untuk beroleh ketenangan.

“Pada 2017, Amar meluahkan hasrat berkahwin dengan individu sama. Keadaan menjadi tegang sehinggakan kami sering bergaduh.

“Saya tidak mahukan kehidupan yang penuh tekanan seperti itu. Akhirnya, saya beransur pulih dan cuba menjadi insan yang lebih baik. Memilih untuk berpisah, saya kemudian disahkan hamil dan ia mengubah segala-galanya.

“Sehinggalah wujud gadis ini pula (Ellika), namun, saya memilih tidak ambil pusing kerana sibuk dengan kehamilan dan menjaga anak kami, Taufiq.”

Arna mendakwa, dia mula menyedari sikap Ellika apabila sering menerima pelbagai jenis gangguan sepanjang proses kehamilan termasuk dituduh menggunakan ilmu hitam kepada Amar.

“Sepanjang kehamilan, saya diganggu pelbagai akaun palsu, fitnah, menyebarkan gosip kepada stesen televisyen (TV) dan syarikat akhbar dan banyak lagi.

“Ketika itu, saya menyarankan Amar menyelesaikan perkara ini secara baik dengan gadis itu. Ini kerana saya tidak mahu memanjangkan masalah,” katanya.

Arna menambah, ketika keadaan menjadi tegang, dia pernah meminta Amar bertemu Ellika di masjid dan menyelesaikan kemelut dihadapi, namun suaminya didakwa diugut.

“Saya minta maaf kepada pihak yang tersinggung dengan perkongsian ini. Sebelum ini saya tidak pernah membuka cerita kerana saya tidak mahu persepsi keluarga saya terhadap Amar berubah.

Sebelum ini, kecoh apabila gadis tersebut yang dikenali sebagai Ellika telah mendedahkan hampir mendirikan rumah tangga Amar. Gadis itu juga memuat naik foto dan video bersama pelakon terbabit, dan dia juga ada menasihatkan wanita lain supaya tidak tertipu dengan janji manis yang ditabur Amar.

Ellika mula bertemu Amar ketika membintangi teater Puteri Saadong di Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), pada Ogos tahun lalu.

Amar berkahwin dengan Arna pada 7 Jun 2013. Melalui perkahwinan ini, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad Taufik serta Ammara Dian.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kedah ke Final Tewaskan Pahang 5-5

Motosikal Dirempuh Ambulans, Pelajar IPTA Maut