in

Tiga Bersaudara Lemas

KOTA TINGGI : Tiga wanita termasuk dua daripadanya dipercayai adik-beradik ditemui lemas di Pantai Batu Layar, Desaru, di Kota Tinggi, 5.30 petang hari ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Asiah Abdul Rahman, 41, dari FELDA Chiku, Gua Musang; Ummu Sulaiin Mohd Rohim, 25, dari Kampung Kedai Telosan, Pasir Puteh dan Siti Hajjar Adila Mohd Rohim, 23, beralamat terakhir di rumah kakitangan FELDA Chiku.

Difahamkan, mereka dari Kelantan dan datang ke Kota Tinggi untuk bertemu saudara mereka sebelum mereka mengambil keputusan untuk berkelah di pantai berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, Mohd Fadli Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.35 petang sebelum sepasukan lapan anggota membabitkan satu jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

Menurutnya, apabila tiba, pihaknya mendapati terdapat tiga wanita dipercayai lemas ditemui orang ramai di kawasan berhampiran.

Katanya, pihaknya difahamkan tiga wanita itu lemas di kawasan kira-kira tiga kilometer sebelum dihanyutkan ke tempat mereka ditemui.

“Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang melakukan pemeriksaan sebelum mayat dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.

“Kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya, pihaknya masih menjalankan siasatan dan buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Mangsa Taufan Bulbul Meningkat 14 Orang

‘Saya Lagi Terkejut Najib Terkejut’