in

Tiga Bomba Itali Maut Akibat Letupan Misteri

ROME: Tiga anggota bomba di utara Itali terbunuh, hari ini. Hal ini demikian disebabkan terdapat satu  letupan misteri di sebuah bangunan ladang dalam apa yang polis sifatkan sebagai mungkin tindakan jenayah.

Pasukan bomba terbabit bertindak balas terhadap kebocoran gas, selepas tengah malam di kawasan kecil Quargnento, wilayah Piedmont, kata polis.

Ketika mereka cuba untuk memadamkan kebakaran di sebuah bangunan ladang, letupan itu berlaku sehingga merobohkan seluruh bangunan.

ANGGOTA bomba tiba di lokasi letupan di Quargnento. – Foto AFP

Di sebuah bangunan berhampiran, pihak berkuasa menemui sebuah tong gas yang masih belum meletup, peranti masa serta wayar elektrik, menurut pendakwa raya tempatan.

“Semua petunjuk ini membuatkan kami percaya terdapat pihak yang berniat untuk melakukan letupan sengaja,” kata pendakwa raya tempatan, Enrico Cieri.

Dua lagi anggota bomba dan seorang ahli pasukan penguatkuasa undang-undang Carabinieri Itali turut cedera dalam insiden itu. – AFP

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FIFA, AFC sokong Kejuaraan Kelab ASEAN

Kerajaan Beri Kebenaran Penanaman Ganja