in

Tiga Pengawal Keselamatan Direman

SEPANG: Tiga pengawal keselamatan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) direman hingga Rabu ini bagi membantu dalam siasatan berhubung kes kecurian komponen dan barangan pasukan yang beraksi semasa perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah, berkata semua pekerja syarikat keselamatan tersebut ditahan kira-kira jam 1 pagi semalam.

Ketiga – tiga lelaki terbabit yang berusia antara 20 hingga 30 tahun, sebelum ini dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA untuk disoal siasat.

Seterusnya, pekerja terbabit ditahan untuk membantu siasatan kerana mereka bertugas ketika kejadian. Mereka yang ditahan adalah warga tempatan.

“Buat masa ini, siasatan terhadap kes berkenaan masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Polis menerima laporan daripada Bahagian Keselamatan SIC mengenai kes kecurian komponen berkenaan. Pada masa yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali berkata, kejadian pada awal pagi Jumaat lalu membabitkan antara lima hingga enam pasukan yang kehilangan komponen jentera Moto3 dan Moto2  dan pasukan Angel Nieto paling terkesan.

Antara komponen yang dicuri di khemah pasukan berkenaan termasuklah set lengkap penyerap hentak, angkup, cakera brek, komputer riba, alat bengkel dan juga pemanas tayar.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PAS Kaji Hubungan Dengan BERJASA

Remaja Maut Terkena Kejutan Elektrik Akibat Kabel Pengecas Bimbit Koyak