in

Tiga Rumah Serta Dua Kenderaan Musnah Dalam Kebakaran

Sebanyak tiga buah rumah teres di Taman Harapan Baru, Seremban, musnah dalam kebakaran malam ini. Kejadian berlaku pada jam 7 malam dan telah memusnahkan sebuah van dan motosikal.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.55 malam.

Beliau berkata, tiga jentera bomba membabitkan kekuatan tiga pegawai dan 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban serta Seremban 2 dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran tersebut membabitkan tiga rumah teres yang terletak bersebelahan dan kami kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 8.36 malam.

“Sebuah rumah, van dan motosikal musnah 100 peratus manakala dua lagi rumah musnah 60 peratus. Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam kenyataan media, malam ini.

Beliau berkata, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

‘Ada lagi gambar saya dan Intan Najuwa’ – Razrul

Cuba Seludup ‘ice’ Bernilai RM50 Juta Ke Malaysia