Sebanyak tiga buah rumah teres di Taman Harapan Baru, Seremban, musnah dalam kebakaran malam ini. Kejadian berlaku pada jam 7 malam dan telah memusnahkan sebuah van dan motosikal.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.55 malam.
“Kebakaran tersebut membabitkan tiga rumah teres yang terletak bersebelahan dan kami kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 8.36 malam.
“Sebuah rumah, van dan motosikal musnah 100 peratus manakala dua lagi rumah musnah 60 peratus. Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam kenyataan media, malam ini.
Beliau berkata, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.