Tips Didik Anak Jadi Pandai & Bijak

Tips didik anak jadi pandai & bijak ini perlu dibelajar oleh semua ibu bapa. Orang tua-tua dulu cakap anak yang tak duduk diam ni tandanya budak bijak! Jadi sebagai ibu bapa, jangan tegah anak untuk aktif bermain, berlari, melompat dan memanjat.

Sediakan ruang untuk anak bermain supaya mereka dapat menyalurkan tenaga di tempat yang betul dan bukan tak duduk diam di kawasan yang tak sepatutnya.

Tips ini diajar oleh seorang ibu berpengalaman, Puan Nurul Shida Saari, bukan sekadar melalui teori daripada pembacaannya tetapi direalisasikan demi memastikan anak-anaknya dapat bereksplorasi serta menikmati zaman kanak-kanak penuh keseronokan.

Fit kids = fit brains!

Mengikut kajian oleh Chaddock et al. (2014) yang diterbitkan dalam Journal Frontiers of Human Neuroscience, kanak-kanak yang mempunyai tahap kecerdasan fizikal yang tinggi cenderung memilki otak yang sihat & cerdas.

Dipercayai juga bahawa aktiviti fizikal mampu meningkatkan “grey matters” di dalam otak di mana ianya mampu meningkatkan memori & kebijaksanaan.

Ini merupakan dapatan daripada salah satu kajian dari banyak lagi kajian yang telah dibuat bagi mengaitkan kecerdasan fizikal & kecerdasan otak kanak-kanak (fit kids = fit brains).

Sebagai scientist & researcher, saya memang suka baca article journal (sudah jadi habit). Tapi, sebagai seorang ibu, saya banyak gunakan “instinct” yang Allah kurniakan untuk mendidik anak-anak, provided ianya tidak melanggar hukum Allah & selari dengan suruhanNya.

Pernah Dengar Kan Orang Tua Cakap Yang Budak-Budak Yang Tidak Duduk Diam Ni Anak Yang Bijak? Ya Betul! Orang Tua Atuk Moyang Kita Sudah Maju Dalam Menganalisis & Berhipotesis Berdasarkan Pemerhatian Berdasarkan Data Dan Sejarah.

Cuma mereka tidak membukukan atau menjadikan hasil kajian mereka artikel saja, jika tidak, dah lama nenek moyang kita akan di “quoted” dalam penulisan & modul-modul perkembangan awal kanak-kanak.

Kanak-Kanak Memang Tak Duduk Diam

Fitrah seorang kanak-kanak meneroka, bermain, bergerak & tidak duduk diam. Mereka banyak tenaga, jadi dengan menjadi aktif (kadangkala dilabelkan “nakal”), tenaga yang banyak tu dapat dikeluarkan untuk ekplorasi dunia.

Jadi, sebagai ibu bapa, apakah peranan kita? Kita sebagai seorang ibu bapa yang bijak pandai sepatutnya membantu mereka salurkan tenaga mereka yang banyak tu ke arah yang lebih bermanfaat.

Kita boleh menyediakan ruang anak-anak untuk melompat, memanjat, bergayut, berlari dan sebagainya, sekaligus membantu pertumbuhbesaran dan pembinaan otot-otot.

Jika kawasan perumahan atau halaman depan rumah ruang untuk beraktiviti lebih bagus. Tetapi, kalau rumah apartment seperti rumah kami yang tidak mempunyai halaman, adakah aktiviti fizikal dan eksplorasi anak-anak akan terbatas?

Haaa! Disinilah peranan seorang ibu bapa bagi mewujudkan ruang untuk anak-anak supaya dapat beraktiviti fizikal biarpun tiada ruang lebihan untuk beraktiviti.

Ubah Persepsi Anak Tak Duduk Diam Itu “Nakal”

Kalau kawan-kawan masih ingat, kami pernah sediakan ruang memanjat & pull-up bar untuk harraz bergayut; tapi sekarang kami dah mampu sediakan “hallway monkey bar” untuk kami sekeluarga bergayut.

Alhamdulillah, hanya dengan modal RM100+, papa harraz DIY hallway bar untuk bergayut ini.

Pada mulanya, mama teringin hendak buat DIY brachiation bar, tapi sebab ruang rumah kami yang terbatas, jadi papa pun usulkan idea ni.

Kami dapat jimatkan ruang & kami sekeluarga dapat memanfaatkan sepenuhnya monkey bar ni untuk anak-anak dan kegunaan kami sendiri. Hehe!

So, kalau sebelum ini anak yang aktif dan tak  duduk diam dilabelkan sebagai “buas & nakal”, apa kata kalau kita ubah persepsi tersebut dengan memainkan peranan kita sebagai ibubapa.

Biasanya, anak yang diberikan peluang & ruang oleh ibu bapanya, mereka faham & tahu limit/had untuk beraktiviti. Contohnya, harraz faham yang mama tak suka dia berlari-lari di tempat yang tak sesuai & bahaya (di jalan, di rumah sedara mara, di kawasan public-shopping complex etc).

Dia juga faham di mana boleh memanjat & melompat sebab kami dah sediakan tempat sepatutnya kepada dia. Kadang-kadang, naluri kanak-kanak yang suka bermain & bereksplorasi ini seringkali menduga tahap kesabaran ibu bapa.

Disini, kita dapat menerapkan dan menguatkan disiplin dengan sentiasa mengingati & ulangi “the dos & donts” kepada anak setiap kali beraktiviti dan ekplorasi.

Ok, lepas ni, jom kita galakkan anak kita aktif & melasak sesuai dengan keadaan & ruang. Dan ajarkan juga anak adab & rasa hormat kepada orang lain dengan tidak melasak di tempat yang tidak sepatutnya (ya, kami masih struggle bab ni!)

Semua yang kita rancang dan usahakan bukanlah penentu kebijaksanaan & kesihatan anak-anak. Ianya hanyalah asbab, semua yang berlaku adalah atas izinNya.

Nota kaki: sepatutnya kecerdasan fizikal & otak ni haruslah berpanjangan sehingga tua, so jomlah kita sama-sama melompat, bergayut & berlari dengan anak-anak walaupun tiap-tiap kali disuruh papa, banyak betul alasan mama bagi.

Update: disertakan sekali bajet & diagram DIY hallway monkey bar by Hazwan Jalani kepada sesiapa yang berminat nak buat sendiri.

Sending
User Review
0 (0 votes)

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.