tips jimat belanja dapur
in

Tips Jimat Belanja Dapur

Mahu tahu tips jimat belanja dapur? Bukan mudah untuk menjadi pasangan yang bijak handle bab ekonomi rumah tangga, tetapi anda perlu tahu cara cukupkan duit belanja dengan cara paling berkesan ini.

Seronok ambil-ambil barang waktu membeli barang dapur, sekali tengok bil yang kena bayar kat kaunter, terus menyesal. Ini kerana anda ambil barang ikut kehendak!

Adakah anda betul-betul kira dan catat, berapa banyak bajet keseluruhan yang dibelanjakan untuk membeli barangan dapur dan barangan runcit?

Belanja barang dapur membeli barangan keperluan ini memang tidak dapat dielakkan. Tetapi terdapat beberapa cara untuk berbelanja dapur dengan bijak.

Berikut merupakan tip menjimatkan perbelanjaan membeli-belah barangan dapur dan barangan runcit dengan effektif:

1. Setiap kali membeli barang dapur, pastikan makan dahulu di rumah. Ini dapat mengelakkan anda kurang membeli makanan ringan atau barang yang sebenarnya tidak perlu. Cara ini juga dapat memastikan anda beli barangan dapur dan barangan runcit yang memang anda perlu je.

2. Wajib buat senarai barang yang ingin dibeli. Pastikan hanya beli barang di dalam senarai itu sahaja terutamanya jika anak-anak ada sama ‘membantu’ dalam membeli-belah.

3. Rancang hidangan atau menu makanan untuk seminggu sebelum anda membeli barang dapur. Beli barang yang ada dalam hidangan atau menu. Mula merancang makanan untuk tiga atau empat hari jika anda rasakan seminggu itu terlalu lama.

4. Beli barang sekali seminggu sahaja. Ini kerana anda cenderung berbelanja lebih jika anda setiap hari ke kedai atau beberapa kali ke kedai dalam masa seminggu

5. Berbelanjalah di kedai yang biasa anda kunjungi apabila berasa letih, stres atau ketika mahu cepat. Anda sudah pasti akan menjumpai barangan yang diperlukan dengan cepat dan mudah.

Rancang terlebih dahulu barangan dapur

1. Rancang hidangan atau menu makanan supaya anda ada makanan lebih yang boleh dijadikan bekalan untuk makan tengah hari keesokan harinya. Atau sejuk beku makanan lebih untuk dijadikan hidangan cepat pada hari-hari berikutnya.

2. Buat bekal sendiri. Beli makanan ringan atau salad dalam kuantiti besar. Bungkus dan jadikan bekal yang boleh dijadikan sebagai makanan segera yang mudah dibawa ke mana sahaja.

3. Bersih, susun peti sejuk serta almari menyimpan makanan sebulan sekali. Guna barang yang anda beli dan masih ada dalam simpanan sebelum anda membeli barang baru. Ini juga dapat mengelakkan kita daripada membeli barang yang sama yang masih ada dalam peti atau almari.

4. Jika anda menyimpan barang atau makanan, periksa tarikh luput makanan itu bagi mengelakkan anda mengguna atau menyimpan barang atau makanan yang tidak boleh digunakan lagi.

5. Luangkan masa sekali seminggu bagi mencuci dan memotong sayur-sayuran dan buah-buahan. Ini akan mempercepatkan penyediaan makanan. Cara ini juga boleh membantu anda menyediakan snek atau makanan ringan yang mudah dibawa ke sana-sini.

Beli barang secara bajet

1. Jangan beli makanan ringan kerana ianya lebih mahal dan tidak baik untuk kesihatan.

2. Jadi kreatif dan cuba makanan baru. Anda mungkin bertemu dengan makanan yang lebih sedap, murah, dan berkhasiat.

3. Membeli-belah dengan kalkulator dapat membantu anda mengetahui jumlah wang yang perlu dikeluarkan untuk membeli barang. Jika anda membeli barang dapur dengan anak, berikan mereka kerja untuk mengira berapa banyak yang dibeli. Cara ini juga dapat membantu anda merancang dalam perbelanjaan.

4. Beli barangan yang tidak boleh dimakan seperti sabun basuh atau beg sampah di kedai yang menawarkan borong.

5. Sentiasa periksa harga barang untuk mengetahui sama ada barang tersebut ada tawaran harga murah atau diskaun. Jika ada kupon, gunakan kupon untuk diskaun. Anda juga boleh menggunakan apps membeli-belah yang terdapat dalam telefon pintar anda.

Diharapkan anda mendapat manfaat daripada perkongsian ini dan bantu kami share di Facebook dan Whatsap.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Adam

Adam mempunyai disiplin tinggi dalam penulisan. Setiap berita dan artikel ditulis dengan penuh teliti dan fakta. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Adam di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

perkahwinan bajet baju pengantin simple pelamin simple

Perkahwinan Bajet, Pelamin Simple & Baju Pengantin Simple – Tips Pengantin Jimat

cara elak isteri marah

Cara Elakkan Isteri Marah