Tumpah Makanan Kena Marah, Bersepah Kita Bebel. Akhirnya Anak Tidur Dengan Air Mata

Sebagai ibu bapa adakah kita perasan sebenarnya cara kita layan anak itu ada silapnya. Namun kita tak pernah pun fikir hal tersebut kerana kite asyik memikirkan kite ibu bapa adalah sebagai leader.
Jika berterusan anak akan terus memendam rasa dan ini semestinya akan memberi kesan negatif sepanjang perkembangan dan masa depan mereka.

Menurut Konsultan Parent Connect, Noor Afidah Abu Bakar ibu bapa kena faham betul-betul cara mendidik dan menghargai anak agar kesinambungan ikatan kasih sayang sentiasa mempunyai aura positif.

APA YANG KITA MAHU?

Apabila anak berbohong kita hukum, tetapi pada waktu lain apabila anak bercakap benar kita tidak hargai.

Apabila anak tumpahkan makanan kita marah, tetapi pada waktu lain apabila anak makan dengan tertib kita tidak memuji.

Apabila anak menjerit-jerit kita cubit, tetapi pada waktu lain apabila sopan tutur kata anak kita tidak sebut kebaikannya.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Apabila anak sepahkan mainan atau pakaian kita membebel tetapi pada waktu lain apabila anak cuba kemaskan sedaya upayanya tidak pula kita akui usahanya.

Apabila anak meraung inginkan sesuatu kita jegel marahkan anak tetapi pada waktu lain apabila anak tenang kita langsung tidak memberi belaian tanda gembira.

Apabila anak malas membantu kita merungut tetapi pada waktu lain apabila anak ringan tulang kita membisu kerana anggap itu tanggungjawab anak.

Ayah ibu sekalian…

Pekalah pada usaha anak untuk berbuat kebaikan walaupun sedikit.
Pekalah pada usaha anak untuk berubah walaupun perlahan.
Sebut, puji, akui, dan hargai usaha kecil tersebut.
Nescaya anak akan terus berusaha untuk kekalkan kebaikan itu.
Kerana tidak ada ganjaran yang lebih besar bagi seorang anak selain dari penghargaan dan pengiktirafan daripada ibubapanya sendiri. Dan sesungguhnya setiap orang memang sukakan pujian dan pujilah mereka agar mereka lebih senang melakukan dan kekok dari melakukan kesalahan. Anak – anak sangat suka kata- kata yang lembut dan pujian.

Ă—
Scroll to Top