in

Tun M Belum Bersedia Melepaskan Jawatan PM

KUALA LUMPUR – Walaupun sudah berulang kali proses peralihan jawatan Perdana Menteri yang melibatkan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim dimuktamadkan, namun Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Tun Dr Mahathir menyatakan beliau belum lagi bersedia sehinggalah masalah ekonomi dan negara diselesaikan.

Menurutnya juga, proses peralihan tersebut nampak seolah-olah tidak pernah behenti dibincangkan kerana media sering kali membangkitkan isu berkenaan.

“Perdana Menteri telah menyatakan bahawa beliau masih belum bersedia sehinggalah selesai masalah ekonomi dan negara. Masalah ini rumit dan beliau mempunyai pengalaman luas bagi membantu menanganinya,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Apabila ditanya mengenai kenyataan Anwar yang mendakwa terdapat pihak yang cuba menghalangnya menjadi Perdana Menteri, Ahli Parlimen Gombak itu telah menyarankan agar pihak terlibat tidak lagi mengeluarkan isu itu secara terbuka kerana akan menimbulkan banyak persoalan.

“Sebab itu saya kata jangan bercakap. Bila bercakap, pelbagai soalan akan timbul. Jadi hentikan semua perbincangan.

“Kita juga akan adakan perbincangan mengenai memperkukuhkan negara, memajukan rakyat luar bandar, tumpu soal WKB (Wawasan Kemakmuran Bersama 2030),” katanya.

Semalam, Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin menegaskan parti tersebut enggan lagi menyentuh soal Perdana Menteri kelapan dan ‘pengkhianatan’ dalam PKR.

Menurutnya, mereka mahu bergerak ke hadapan dan memfokuskan untuk meningkatkan tahap ekonomi serta perkhidmatan kepada rakyat.

“Kita kan dah tak mahu sentuh isu ini, tiada lagi sentuh isu PM8 (Perdana Menteri kelapan), tiada lagi isu pengkhianatan.

“Kita perlu bergerak ke hadapan, lakukan kerja kita, tingkatkan ekonomi negara dan perkhidmatan kita kepada rakyat,” katanya.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Disyaki Liwat Pelajar “Junior”, Pelajar Tahfiz Ditahan Polis

Elak Kucing Di Tengah Jalan, Dua Orang Lelaki Maut