Ubat masuk punggung selalunya akan digunakan pada anak bila anak demam teruk tapi adakah itu masa yang sesuai dan apa fungsi ubat masuk punggung ini? Untuk ketahui lebih jauh tentang ubat peluru ini, baca perkongsian Doktor Khairul Faizie disini.
Ubat masuk punggung / Ubat peluru / Supp….ini semua ubat yg sama kategori di panggil SUPPOSITORIES. Apa fungsi dan cara guna ubat masuk punggung ini?
Suppositories ubatnya berbentuk peluru berpandu, punyai tekstur ala lilin, di masukkan ke dalam rectum melalui anus( lubang dubur). Di dalam rectum, ubat ini akan menjadi cair pada suhu badan dan diserap oleh saluran darah di rectum.
Ada banyak fungsi ubat peluru ni, antaranya sebagai ubat demam, ubat tahan sakit, ubat tahan muntah, ubat sembelit, ubat sawan dan ubat buasir. Hari ni aku nak fokus pada ubat suppositories bagi demam dan tahan sakit ( pain killer), yang diberi kepada kanak-kanak.
Di negara kita terdapat 2 jenis ubat suppositories untuk Demam / Painkiller iaitu:
1- Paracetamol, PCM ( acetaminophen)
2- Diclofenac sodium ( voltaren)
Bila nak guna Ubat peluru ini?
Kalau anak anda payah sangat nak makan ubat cecair atau anak sedang hadapi muntah muntah (dimana ubat dimakan akan terkeluar balik).
Dos:
Untuk PCM, ada 2 dos, 125mg & 250mg.
Untuk Voltaren, ada 2 dos, 12.5mg & 50mg.
Yang mana lebih bagus?
Jawapan aku, dua-dua bagus. Satu kajian telah dijalankan bertajuk “randomized control trials” ada dibuat pada tahun 2013 membandingkan Supp Voltaren VS Supp PCM dalam mengurangkan suhu demam.
Hasil kajian mendapati Supp Voltaren effektif dlm 1 jam pertama menurunkan suhu ( lebih cepat berbanding Supp PCM).
Jadi hasil kajian membuktikan kedua-dua jenis rawatan sama effektif dlm menurunkan suhu demam.
So, nak pilih yg mana satu?
PCM ialah pilihan yang terbaik. Ia sudah lama di pasaran dan terbukti selamat. Jika kita diberi pilihan, gunalah Supp PCM utk anak kita.
Cuma kita kena faham, risiko kerosakan hati kalau overdose. So kenalpasti betul betul dos PCM anak.
Manakala Supp Voltaren pula adalah dalam kategori painkiller NSAIDs, yg mana ada risiko pada kidney kalau overdose, dan beri kesan pedih perut dalam perut dan boleh menyebabkan ulcer.
Bila nak guna Supp Voltaren?
– dalam kes allergic PCM.
– kalau lepas 1-2 jam bagi Supp PCM, suhu badan masih tinggi > 39°C, maka next dose boleh cuba bagi Supp Voltaren.
Apa beza Supp PCM vs Supp Voltaren?
Kedua duanya antipyretic, iaitu ubat yg boleh menurunkan suhu demam, kedua duanya boleh digunakan as painkiller ( contoh anak sakit gigi, sakit kaki lepas jatuh).
Supp Voltaren ada extra fungsi as anti inflammatory agent, iaitu ubat anti radang yg selalunya kita gunakan dlm sakit yg ada keradangan, contohnya arthritis kanak kanak.
Apa yang wajib tahu?
Supp Voltaren tidak boleh digunakan bagi kanak kanak berumur kurang setahun. Dan kanak kanak yang diketahui alah pada Diclofenac, kanak kanak yg ada masalah perdarahan.
Supp PCM tak boleh digunakan utk baby berumur kurang 6 bulan.
Jangan guna Supp PCM & Supp Voltaren serentak.
Dos Penggunaan
Sebenarnya kena kira berat badan kanak kanak.Cuma secara kasarnya, ini dos yg disarankan ahli farmasi –
Supp PCM 125mg:
– 6 bulan – 3 tahun ( 8kg – 14kg) : Hanya 1 biji supp
– 4 tahun – 5 tahun ( 16kg – 18kg): Hanya 2 biji supp
Supp PCM 250mg:
– 5tahun – 8 tahun ( 18kg – 25kg) : Hanya 1 biji supp
– 9 tahun – 12 tahun ( 28- 40kg) : Hanya 2 biji supp
Kedua dua Supp PCM 125mg & 250mg ini tak boleh digunakan lebih dari 4 kali / 24jam.
Dosage untuk kegunaan Supp Voltaren, bagi kegunaan demam formulanya 0.5 – 2mg/kg berat badan. So selalunya, utk kanak kanak usia setahun ke atas hingga 3 tahun, sebiji Supp Voltaren 12.5mg tu mencukupi, boleh ulang 2-3 kali sehari.
Bagi kanak-kanak yg lebih besar barulah boleh guna dosage Supp Voltaren 25mg.
INI CARA MASUKKAN UBAT YANG BETUL
Ubat supp dimasukkan ke dalam rectum melalui dubur. Baring mengiring, silangkan kaki ( satu kaki naik ke arah dada).
Basahkan ubat supp dengan air atau vaselin atau minyak, dan tolak perlahan ke dalam dubur, tak perlu tekanan. Lepas ubat dimasukkan, biar anak baring dlm 10 minit bagi ubat tu menyerap.
Jika perlukan lebih dosage, misalnya nak masukkan 2 biji supp, boleh masukkan supp kedua sebaik sahaja supp pertama dimasukkan ( tak perlu tunggu lama), ruang dlm rectum cukup besar untuk tampung 2 suppositories.
NOTA:
Untuk exact dose ubat dlm kes paediatrik, rujuk doktor anda. Dos yg di tulis ni hanya se bagai rough guidelines sahaja.