UPSI – Mohon Di UPSI Portal (Disini) melalui Motif.my. Sila ikuti langkah penuh dengan membaca artikel ini sehingga habis ya!
Kepada Lepasan STPM/ Matrikulasi/ STAM/ Diploma Universiti Awam /DIPLOMA Universiti Swasta / DVM / DKM / DLKM dan setaraf yang berminat untuk menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Menerusi makluman di Facebook Bahagian Hal Ehwal Akademik UPSI, Permohonan UPSI Ambilan Kedua Februari 2019 secara Atas Talian ke program Ijazah Sarjana Muda Lepasan STPM/ Setaraf akan di buka mulai dari 5 Oktober 2018 (Rabu) jam 12:00 tengahari.
Sesiapa yang berminat dan berkelayakan boleh membuat permohonan secara atas talian sebelum permohonan ditutup pada 5 November 2018. Sebanyak 28 program Ijazah Sarjana Muda UPSI ditawarkan untuk sesi kemasukan Februari 2019 ini.
Maklumat Penting Mengenai Permohonan Ijazah Sarjana Muda UPSI Kemasukan Februari 2019
Berikut adalah maklumat penting mengenai Permohonan UPSI Februari 2019 ambilan Kedua. Selain UPSI, Universiti Awam lain juga menawarkan pengambilan kedua iaitu UiTM, UUM, UTHM dan UiAM.
TARIKH PENTING BAGI PERMOHONAN UPSI FEBRUARI 2019
Tarikh Buka Permohonan ; 5 September 2018, jam 12 Tengahari
Tarikh Tutup Permohonan ; 5 November 2018
SYARAT BAGI KEMASUKAN KE UPSI
Syarat – syarat bagi Permohonan kemasukan ke UPSI ambilan Februari 2019 adalah :
- Warganegara Malaysia sahaja
- Lepasan STPM/ Matrikulasi/ STAM/ Diploma UA /DIPLOMA US/ DVM / DKM / DLKM dan setaraf
Dibawah ini disenaraikan syarat am kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda di UPSI :-
Syarat Am Kemasukan
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/ Setaraf) dengan mendapat sekurangkurangnya 6C/ Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia Kertas Julai;
DAN
Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan:
Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am; dan
Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain;
ATAU
Lulus Program Matrikulasi / Asasi dengan mendapat PNGK 2.00 sekurang-kurangnya
ATAU
Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia sekurang – kurangnya mendapat pangkat Jayyid;
ATAU
Memiliki Diploma dari institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Senat Universiti dalam bidang pengkhususan yang relevan dengan program yang dipohon dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50;
DAN
Memiliki Sijil Malaysian University English Test (MUET) dengan mendapat sekurang-kurangnya Band Satu (1).
Bagaimana Membuat Permohonan UPSI Februari 2019 secara Atas Talian?
Sebelum anda mengisi permohonan UPSI, anda perlu membeli PIN BITARA ID IJAZAH SARJANA MUDA berharga RM26.00 (Pin
Bitara ID Ijazah Sarjana Muda) di Semua Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Berikut adalah langkah – langkah mudah untuk mengisi borang permohonan secara atas talian :-
- Pemohon perlu membuat permohonan melalui www.upsi.edu.my/online bermula 5 September 2018 (rabu) pada jam 12:00 tengahari.
- Pemohon diharuskan untuk membuat semakan syarat kemasukan terlebih dahulu sebelum mengisi borang permohonan atas talian.
- Sebelum anda meninggalkan kaunter, sila pastikan terdapat no Bitara ID Ijazah di slip tersebut. Jika terdapat sebarang kesilapan pembelian no. bitara, TIADA pemulangan bayaran.
- Permohonan yang lewat dihantar tidak akan diproses dan kepada pemohon yang tidak menerima jawapan selepas Mac 2019 (minggu keempat kuliah) adalah dianggap tidak berjaya
Nota :
Semua program ISMP adalah program berbentuk pasaran terbuka (Open Market) dimana ianya bermaksud tiada jaminan untuk lantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru) dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan selepas tamat pengajian kelak.
Antara Program Pengajian Yang Ditawarkan
Program-program yang ditawarkan bagi sesi kemasukan UPSI bagi Ambilan Kedua Februari 2019 boleh dirujuk 👉🏽 Program UPSI Sarjana Muda.
Maklumat lanjut sila rujuk kepada iklan permohonan Diploma November 2018 dan Sarjana Muda UPSI Februari 2019 di bawah ini :-
MAKLUMAT PENTING
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila utarakan pertanyaan anda di :
Unit Kemasukan,
Bahagian Hal Ehwal Akademik,
Bangunan Canselori,
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim Perak
No Telefon : 05-4506 932/ 5172/ 6930/ 6929
Laman Facebook : https://www.facebook.com/UPSIMalaysia/
Tarikh Penting Untuk Semakan Keputusan UPSI Februari 2019
Tarikh penting Permohonan UPSI Februari 2019 ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Panduan semakan keputusan tawaran boleh rujuk di 👉🏽 SEMAKAN UPSI ONLINE.
- Semakan Panggilan Temuduga bukan pendidikan dan Ujian MEDSI adalah pada 5 Disember 2018 (500 petang)
- Ujian MEDSI dan Temuduga Bukan Pendidikan adalah pada 11 Disember 2018
- Semakan panggilan temuduga pendidikan adalah pada 26 Disember 2018
- Temuduga dan Ujian Khas Pendidikan adalah pada 7 Januari 2019
- Hebahan jaya kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda (ISM) adalah pada 25 Januari 2019
- Pendaftaran Pelajar adalah pada 11 Februari 2019
- Semakan keputusan rayuan adalah pada 15 Februari 2019
- Pendaftaran pelajar rayuan adalah pada 19 Februari 2019
Diucapkan selamat berjaya kepada semua pemohon!