Ustaz Ebit ingin menjelaskan sumber kewangan untuk elak fitnah, beri panduan bagaimana beliau dimurahkan rezeki

USTAZ Ebit Lew tampil lagi menjelaskan kepada orang ramai jatuh bangun beliau dalam kehidupan sehingga berjaya kini. Semuanya bukan diperolehi dengan mudah, tetapi atas usaha sendiri yang tidak pernah mengenal putus asa dan sentiasa berbaik sangka kepada Allah.

“Masa tu susah betul. Duit gaji dekat mak semuanya RM800 dengan banyak kerja. Saya walau ada sepinggan nasi kongsi dengan kawan. Ada orang masukkan RM2 ke poket sebab tolong isi minyak. Saya menangis dapat RM2 tu. Besar nilai untuk saya,” katanya.

Ustaz Ebit jelaskan sumber kewangan untuk elak fitnah, beri panduan bagaimana beliau dimurahkan rezeki

Menurut beliau lagi, setelah menyertai bidang latihan dan motivasi selama empat tahun dan mempunyai pengalaman memberi ceramah motivasi untuk syarikat korporat dan kementerian, kejayaan mula menyinari kerjaya beliau.

Menurut beliau lagi, setelah menyertai bidang latihan dan motivasi selama empat tahun dan mempunyai pengalaman memberi ceramah motivasi untuk syarikat korporat dan kementerian, kejayaan mula menyinari kerjaya beliau.

“Saya ada tiga restoren Paramount Coffee House. Sebenarnya dah rancang buka seluruh Malaysia. Dan nak buka di luar negara. Belum sempat saja. Butik hari pertama buka jualan habis jubah semua. Selepas itu makin semangat. Syukur rezeki makin melimpah ruah. Saya tulis sembilan buku. Semua buku laris. Buku yang dah lapan tahun tulis masih laris sampai sekarang…

“Tambahan lain Youtube dan Facebook. Rupanya Youtube dan Facebook bayar banyak juga kerana mereka tumpang iklan dekat Facebook dan Youtube,” jelas Ustaz Ebit tentang sumber kewangannya.

Selain restoran, butik dan hasil jualan buku; Ustaz Ebit juga mempunyai dua program televisyen iaitu Door to Door Ebit Lew Astro Oasis dan A Bit with Ebit di TV AlHijrah. Dari sini juga beliau mendapat bayaran.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

“Begitulah rezeki Allah beri. Tapi saya yakin Allah beri semua sekali. Dua perkara penting; rajin dan yakin. Tiada tempat dunia dan akhirat untuk orang malas,” katanya lagi.

Keyakinan kepada Allah yang memberikan rezeki, solat pada awal waktu, sentiasa solat sunat semasa susah, melazimi solat sunat tahajjud dan dhuha serta menjaga kedua ibu bapa serta mentua dengan baik adalah kunci kepada kejayaan bagi Ustaz Ebit.

“Jangan kedekut dengan isteri dan anak-anak. Beri kasih sayang. Pelukan dan kasih sayang. Tanpa doa bidadari saya dan anak-anak pasti tak dapat semua ini. Allah beri rezeki.

“Dulu ingat lagi selalu bila jumpa orang susah baju buruk pergi masjid, saya tanggal jubah saya beri dekat dia. Dia nak selipar beri selipar. Sampai orang kata saya bodoh. Kau susah nak tolong orang. Saya sedih. Tapi saya yakin Allah pasti balas. Sekarang anak jalanan saya bawa beli-belah di Sogo.

“Tiada yang berkuasa melainkan Allah. Dunia sementara sahaja. Akhirat selamanya. Miskin atau kaya bukan pada rumah kereta. Tapi pada hati. Walau ada sepinggan kongsi dengan orang lain. Sahabatku percayalah di sebalik ujian ada rahmat,” tegas Ustaz Ebit.

Bagi Ustaz Ebit, barangsiapa bekerja untuk membantu seramai mungkin orang miskin dan anak yatim dia sedang berjihad di jalan Allah. Selain itu mendidik anak supaya rajin dan bertakwa, mendidik mereka jadi pemimpin akan menyebabkan mereka terkenal di dunia dan akhirat.

“Supaya kita semua jadi duta Islam dan bawa akhlak Nabi s.a.w.,” akhiri Ustaz Ebit.

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih

×