V1ral Video Wanita Marah Azan Terlalu Kuat, Ini Sebenarnya Yang Berlaku

Sejak semalam, video seorang wanita yang dirakam sedang menegur jemaah surau berkenaan bunyi speaker yang terlalu kuat bersebelahan rumahnya telah tular.

Dikecam teruk kerana salah faham

Banyak kecaman dan salah faham telah dilontarkan kepada wanita berkenaan sehingga ada yang memberi tohmahan dengan mendakwa dia menghina agama Islam.

Video yang dimuat naik ke Twitter itu telah tersebar luas dan difahamkan wanita tersebut adalah seorang pensyarah.

Video diambil sekerat

Walau bagaimanapun, setelah mendengar penjelasan daripada semua pihak, pensyarah berkenaan sebenarnya langsung tidak marah andai pihak surau mahu memasang bacaan al-Quran ataupun azan pada waktu yang tepat.

Dia cuma memohon agar diperlahankan sedikit bunyi speaker pada waktu Asar sahaja kerana dia sedang mengadakan kelas online.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Hal ini dijelaskan menerusi perkongsian daripada jirannya yang dimuat naik kembali oleh laman Facebook Penang Kini yang menceritakan kronologi kejadian yang berlaku itu.

Dah banyak kali sebenarnya

Sebenarnya pensyarah tersebut cuma meminta pihak surau memperlahankan speaker kerana ia dipasang dengan volume maksimum. Jarak rumahnya dan surau tidak sampai 1 minit pun dan dia sudah menetap 35 tahun situ.

Isu berkenaan sudah lama berlaku dan pihak pejabat agama sendiri yang meminta wanita tersebut berbincang dengan pihak surau berkenaan hal kecil terbabit.

“Takdak isu bab dia takleh dgaq azan…hahaha….isu skrg waktu kjdian speaker dipsang maximum waktu bcaan alquran waktu asar dan cikgu ni da klas online universiti…pihk jbtan agama yg swoh ckgu ni p brbncang dgn phak surau…dan pbncangan ni dh 13x kata cikgu ni…sblum ni xdk mslah cuma waktu kjdian tu shj yg jd mslah sbb ckgu ni bekerja..” kata jirannya

Video yang dirakam tidak menceritakan hal sebenar dan perkara tersebut juga bukanlah isu baru buat mereka. Jadi, jiran kepada wanita itu memohon agar orang ramai tidak menjatuhkan hukum sesuka hati tanpa mengetahui hal yang tepat.

Sumber: TwitterPenang Kini

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih

×