• Keluarga
  • Portal
  • bantuan kerajaan
  • jawatan kosong
  • Gosip Artis Malaysia
Bantuan Kerajaan
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Bantuan Kerajaan
No Result
View All Result

[VIDEO] PU Azman didakwa lima pertuduhan amang seksual

Admin Daniel by Admin Daniel
October 12, 2022
in Isu Seamsa
0
[VIDEO] PU Azman didakwa lima pertuduhan amang seksual

SEREMBAN – [DIKEMAS KINI] PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun ini.

Tertuduh berusia 41 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datin Surita Budin selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa.

dituduh melakukan penderaan seksual fizikal dengan melakukan perbuatan lucah melampau termasuk merangsang mangsa berusia 17 tahun.

Perbuatan itu dilakukan di ruang tamu dan tandas sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai pada 6 Julai 2022 antara jam 3 pagi hingga 5 pagi.

Selain itu, tertuduh turut melakukan perbuatan sama terhadap mangsa berusia 16 tahun 10 bulan pada 6 Julai 2022, antara jam 3 pagi hingga 5 pagi di ruang tamu rumah sama dan pada 5 Februari 2022, antara lebih kurang 8.30 malam hingga 12 tengah malam di dalam sebuah bilik di rumah yang sama.

Susulan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan juga boleh disebat.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Timbalan Pendakwa Raya, Husni Fairos Ramly meminta mahkamah mengenakan jaminan tinggi terhadap tertuduh iaitu RM15,000 bagi setiap pertuduhan kerana kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Peguam, Mohamad Zahid Ahmad meminta jaminan rendah atas alasan pendapatan anak guamnya terjejas sejak direman bulan lalu dan memerlukan bantuan keluarga untuk menjaminnya.

“Beliau turut hadir hari ini (Rabu) dan memberikan kerjasama yang sangat baik,” katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM40,000 bagi semua pertuduhan dan dilarang mendekati mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Selain itu, tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Tarikh sebutan kes bagi penyerahan dokumen ialah 8 Disember ini.

Sementara itu, PU Azman yang ditemui di mahkamah mengucapkan terima kasih dan menghargai doa semua pihak

Previous Post

Bantuan RM 300 November Dan December

Next Post

‘Apa-Apa Pun Yang Hendak Dilakukan, Lakukanlah Dengan Akhlak’ – PU Riz

Admin Daniel

Admin Daniel

Next Post
‘Apa-Apa Pun Yang Hendak Dilakukan, Lakukanlah Dengan Akhlak’ – PU Riz

‘Apa-Apa Pun Yang Hendak Dilakukan, Lakukanlah Dengan Akhlak’ – PU Riz

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • Tambahan RM200 Buat Golongan Bujang – Semua Golongan
  • Bantuan Kredit e-Tunai RM100 Boleh Ditebus Melalui Aplikasi MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet
  • RASMI: Ini Adalah Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan
  • Jawatan Kosong Petroliam Nasional Berhad (Petronas)
  • Cara Mohon Bantuan MYKAD RM100 Setiap Bulan
No Result
View All Result

Artikel Paling Hot

  • About Us
  • Contact Us
  • Privacy Policy
  • Term Of Use

© 2023 Motif Media

No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Privacy Policy
  • Term Of Use

© 2023 Motif Media

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih

  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger
×