Pergolakan rumah tangga antara penyanyi Ziana Zain dan bekas suaminya, Armin Zaharin pernah menjadi bualan hangat di media sosial.
Terbaru, Ziana secara terbuka mendedahkan detik gelap yang menyebabkan perkahwinannya dengan bekas suaminya berakhir dengan perceraian.
Menerusi program bual bicara, Next To Neelofa musim kedua, Ziana menyatakan dia ‘terkena’ dengan kata-kata kesat yang dilemparkan bekas suaminya.
Dalam keadaan sebak, penyanyi berusia 54 tahun itu berkata, bekas suaminya terkejut apabila menyebut dia sudah tidak mempedulikan isterinya sendiri.
Pada tahun 2016, bekas suami cakap, ‘Ingat saya heran (peduli) ke kat dia? Saya tak heranlah (pedulilah) kat dia.’
Sebagai isteri perasaan macam mana sebagai isteri? Berbelas tahun saya taat kepadanya, dia boleh cakap dia tak heran (peduli) dengan saya.
Jadi, saya ke sahaja yang terdamba-dambakan dia. Perasaan waktu itu rasa macam tiada harga diri.
Macam mana dia (bekas suami) tergamak keluarkan perkataan sebegitu. Saya isteri dia. Dia nak anak empat, saya beranak anak empat (orang).
Saya hampir hilang nyawa 50-50 bertarung (nyawa) untuk dia dan this is the end (inikah pengakhirannya).
Suami adalah individu yang terdekat selepas bapa. Bila dah selalu dihambur dengan kata-kata kesat, hati ini sudah tidak boleh pulih.
Bercerita mengenai kesakitan anak-anak, Ziana mengakui salah seorang anaknya menghidap Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).
Menurut pemilik nama Siti Roziana Zain itu, dia berasa sedih selepas anaknya dipukul teruk dan selepas itu dia mengambil keputusan untuk meminta pertolongan daripada Allah SWT.
Terdahulu, pada Mei 2018, Armin didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam atas pertuduhan mencederakan anaknya.
Ziana berkahwin dengan Armin pada 9 Mei 1998 dan dikurniakan tiga anak lelaki dan seorang anak perempuan berusia 11 hingga 20 tahun.
Bagaimanapun, pasangan itu bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018.