Wajarkah Bantuan Khas Covid Dinaikkan?

Kuala Lumpur – Kerajaan wajar untuk menaikkan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) yang menyaksikan bayaran maksimum adalah RM1,300 iaitu jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan pendapatan garis kemiskinan purata negara RM2,208 sebulan, Dewan Negara diberitahu pada Isnin.

Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya berkata, banyak kes Covid-19 sudah dilaporkan di beberapa kawasan melibatkan Program Perumahan Rakyat (PPR) sejak tahun lepas menyebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan terbabit dan menjejaskan pendapatan penduduk.

Beliau berkata, walaupun Putrajaya dan Kuala Lumpur adalah penempatan kategori bandar, kesan penutupan ekonomi banyak memberi impak kepada masyarakat bandar selain golongan miskin bandar yang mendiami PPR dan rumah kos rendah.

Berikut adalah kenyataan Senator Datuk Mohd Hisamudin Yayaha ketika sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Negara:

“Saya memohon perhatin agar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) dapat mempertimbangkan jumlah bantuan ini (BKC) dapat ditambah dalam usaha membantu warga miskin bandar pasca pandemik ini”

BKC adalah sebahagian daripada pakej inisiatif Pakej Perlindungan Rakyar dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) selain bayaran tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi yang memanfaatkan 10 juta penerima yang terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan.

Mohd Hisamudin juga turut mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan semula pengecualian sewa PPR selama 6 bulan di kawasan bandar bagi membantu golongan yang terbabit.

Manakala Senator Lim Hui Ying pula berharap kerajaan dapat melaksanakan strategi pelbagai cabang dan bukan sekadar bergantung kepada mekanisme harga siling berkaitan dasar menetapkan harga siling bagi perumahan mampu milik dalam pasaran sekunder.

Beliau turut menyatakan rasa kerisauan bahawa harga siling akan menyebabkan pemilik rumah enggan melepaskan hak tanah mereka sehinggalah ia dinaikkan atau dimansuhkan.

“Justeru, bagi memastikan akses kepada perumahan mampu milik, perlu ada strategi pelbagai cabang. contohnya, mekanisme sewa beli yang masih lagi belum dilaksanakan secara besar-besaran serta skim pembiayaan perkongsian dengan kerajaan menjadi rakan kongsi milikan rumah dan sebagainya,” katanya.

Hui Ying juga berkata, kerajaan patut mempertimbangkan lebih banyak skim perumahan bermutu tinggi dengan kadar sewaan rendah sebagai pilihan kepada mereka yang enggan terikat dengan pemilikan hak tanah.

Sementara itu, bayaran BKC Fasa 2 akan mula dikreditkan pada November ini. Tarikh yang sebanar akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Semakan & Kemaskini BKC

Kepada pemohon yang bestatus gagal kredit / tiada maklumat akaun dan Wakil Bantuan Khas Covid-19, kemaskini akaun hanya boleh dibuat sehingga 21 OKTOBER 2021 secara atas talian di portal rasmi BKC atau hadir ke cawangan LHDNM.

Semakan status dan kemaskini akaun BKC boleh dibuat di https://bkc.hasil.gov.my/

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih