Adakah anda mempunyai wang tak dituntut (WTD)? Adakah anda membuat semakan wang tak dituntut (WTD)?
Jika anda belum membuat semakan wang tak dituntut, mari menyemak di kaunter Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang terdapat di seluruh Malaysia.
Motif.my akan berkongsi cara semak dan tuntut wang melalui eGumis dan melalui Jabatan Akauntan Negara.
Siapa tahu anda mempunyai wang tak dituntut yang anda tidak tahu. Pada masa sekarang semakan wang tak dituntut hanya bole disemak secara manual dimana pemohon perlu menghadirkan diri ke Pejabat JANM berhampiran anda.
Namun begitu,sistem semakan WTD secara atas talian atau dikenali sebagai sistem eGUMIS akan diperkenalkan pada suku kedua dalam tahun 2018.
Untuk pengetahuan anda, semakan wang tak dituntut tidak ada arikh luput dimana anda boleh sahaja menyemaknya bila bila masa di kaunter Pejabat JANM secara percuma pada waktu operasi pejabat.
LANGKAH UNTUK MEMBUAT SEMAKAN WANG TAK DITUNTUT DI KAUNTER PEJABAT JANM
Sementara menunggu sistem semakan wang tak dituntut secara atas talian iaitu eGUMIS, anda boleh menyemak wang tak dituntut secara manual. Ikuti langkah – langkah mudah seperti dibawah
- Anda perlu hadirkan diri kekaunter Bahagian Wang Tak Dituntut dengan membawa Kad Pengenalan dan serahkan Kad Pengenalan kepada pegawai yang bertugas.
- Pegawai JANM yang bertugas akan membuat semakan melalui sistem JANM. Semakan ini tidakakan mengambil masa yang lama.
- Senarai jumlah wang tak dituntut dan amaun yang boleh dituntut akan terpapar pada skrin (jika ada) dan akan ditunjukkan kepada pemohon.
- Pegawai tersebut akan menerangkan cara – cara untuk pemohon membuat tuntutan wang tak dituntut
** Bagi yang ingin menyemak wang tak dituntut untuk orang yang telah meninggal dunia, waris perlu membawa sijil perkahwinan, sijil kematian, sijil kelahiran dan juga surat sokongan bagi menyatakan hubungan simati dan juga waris.
Langkah – Langkah Untuk Menuntut Wang Tak Dituntut oleh Individu
- Muat Turun Borang UMA-7
- Borang UMA-7 perlu diisi dengan lengkap dan ditandatangani
- Sertakan Salinan kad pengenalan (hadapan dan belakang) / salinan pasport pemohon bagi bukan warganegara
- Dokumen asal seperti buku bank /sijil simpanan tetap
- Salinan muka hadapan buku akaun / penyata bank pemohon yang aktif serta
disahkan oleh pihak bank (
- Bayaran wang tak dituntut akan dikreditkan terus ke dalam akaun
ini)
Contoh Borang UMA-7
Panduan Untuk Buat Tuntutan WTD
Apa Yang Dimaksudkan dengan Wang Tidak Dituntut (WTD)?
1. Wang yang perlu dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.
Contoh bagi kategori ini ialah:
- Gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang perlu dibayar kepadakakitangan
- Dividen
- Keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
- Tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
- Draf bank, dokumen lain yang mempunyai fungsi yang
Contoh kategori serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
- Simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik)
- Cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.
- Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.
2. Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh (7) tahun.
Contoh bagi kategori ini ialah:
- Akaun simpanan;
- Akaun semasa;
- Simpanan tetap (bagi pembaharuan automatik)
3. Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa- apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua (2) tahun.
Contoh bagi kategori ini ialah:
- Akaun pemiutang dagangan
- Akaun penghutang dagangan berbaki kredit