in

Wanita Diserang Anjing Peliharaan, Maut

OHIO – Polis menyatakan kematian seorang wanita di rumahnya sendiri adalah berkemungkinan dibunuh anjing peliharaannya.


Menurut laporan yang difailkan oleh Polis Perbandaran Clearcreek, Mary Matthews, 49, ditemui keseorangan di rumahnya di bandar Clearcreek Township, Ohio, kira-kira 40 kilometer timur laut Cincinnati, Jumaat lalu.

Laporan itu menyebut, wanita itu telah diserang oleh anjingnya dan mengalami banyak luka termasuk di bahagian bawah badannya.

Penyiasat menemukan dua ekor anjing baka Great Danes, berwarna perang dan hitam di bahagian dek dalam rumah serta kesan darah di sekitar rumah dan pakaian.

Suaminya, Mark Matthews mendapati isterinya tidak memberi respon dan segera menghubungi pihak berkuasa.

Sebelum itu, suaminya berada di penjara daerah sejak Rabu dan pulang pada hari berkenaan.

Mark memberitahu polis bahawa anjing Great Dane hitam adalah ganas dan menunjukkan tanda gigitan di lengan kanannya kepada pegawai.

Keadaan di bahagian dek di rumah Mary Matthews. Laporan itu berkata, Mark dapat menangkis serangan anjing tersebut tetapi apabila isterinya bersendirian, dia tidak dapat mempertahankan diri kerana tubuh badannya yang kecil.

“Anjing itu diselamatkan dua tahun lalu. Saya mahu membuangnya tetapi dia tidak membenarkannya kerana dia sangat menyukai haiwan,” katanya.

Pihak berkuasa percaya bahawa anjing itu menyerang wanita tersebut, namun mangsa dapat meletakkan haiwan itu di luar.

Laporan polis mengatakan bahawa mangsa mungkin tidak menyedari kecederaan parah dialami kerana terdapat bukti bahawa dia telah menukar pakaiannya dan cuba membersihkan darah dengan tuala. – Agensi

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerajaan Beri Kebenaran Penanaman Ganja

Anwar Akur Titah Sultan