in

Wanita Rempuh Pemandu Lori Sampah Masuk Hospital

GEORGETOWN – Polis telah berjaya untuk mengesan pemandu wanita yang merempuh pemandu lori sampah dalam kemalangan di Jalan Anson di sini pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, wanita warga Vietnam tersebut kini sedang dirawatan di sebuah hospital swasta selepas mengalami kecederaan di bahagian dada serta kepala.

Menurutnya, wanita tersebut yang berusia 29 berada dalam keadaan stabil dan polis telah mengambil keterangan bagi membantu siasatan.

“Siasatan mendapati kereta Perodua Axia yang dinaikinya adalah milik rakannya.

“Wanita tersebut mempunyai lesen memandu Vietnam, namun begitu kita akan merujuk dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenai status lesen berkenaan,”katanya ketika dihubungi di sini.

Sebelum ini telah dilaporkan seorang pemandu lori sampah parah selepas dirempuh kereta dalam kejadian di Jalan Anson berhampiran dengan Bangunan Persekutuan di sini pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6.50 pagi, mangsa Mukhtar Bahari, 62 sedang melakukan kerja pembersihan di belakang lori sebelum kereta jenis Perodua Axia merempuhnya.

Akibat kejadian itu, mangsa tersepit di bawah kereta berkenaan dan cedera parah di kaki manakala pemandu wanita berkenaan didapati tiada di lokasi kejadian selepas kemalangan berlaku.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Perokok Perlu Patuhi Undang-Undang

Kerajaan Sentiasa Pantau Keadaan Ekonomi: Azmin