in

Zed Zaidi Kekal Sebagai Presiden Seniman

KUALA LUMPUR –  Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Jamil mempertahankan jawatan sebagai Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) bagi penggal 2019-2022 selepas menang tanpa bertanding pada Mesyuarat Agung Seniman Ke-18 hari ini.


Mohd Hafiz Mohd Nafiah, Setiausaha Agung Seniman dalam kenyataan berkata, mesyuarat yang berlangsung di Pawagam Mini P Ramlee Finas Hulu Kelang itu telah dihadiri oleh 115 ahli berdaftar Seniman.

Katanya, semasa mesyuarat itu, pelakon Zuraini Kassim juga menang tanpa bertanding bagi jawatan timbalan presiden.

Tambahnya lagi, mesyuarat pertama barisan kepimpinan Seniman itu akan diadakan dalam masa terdekat untuk melantik tiga lagi exco tambahan. – Bernama

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Semangat Juang Harimau Malaya Tinggi!

Tangguh Perjalanan Ke Hong Kong Jika Kurang Penting