Terbuka Hong Kong 2023 : Lee Zii Jia Sekali Lagi “Bungkus” Di Pusingan Awal. Ikuti Berita Sukan Disini.
Kuala Lumpur: Apa sudah jadi dengan pemain perseorangan profesional lelaki Lee Zii Jia apabila dia sekali lagi tewas di pusingan awal.
Ketika ini siapa yang harus dipersalahkan apabila pemain kelahiran Kedah itu mensia-siakan peluang untuk menempah tiket ke suku akhir Terbuka Hong Kong.
Kekalahan terbaharu Zii Jia itu menyaksikan dia kini merekodkan 11 kekalahan di pusingan awal dari 14 kejohanan disertai dalam siri Jelajah Dunia BWF tahun ini selain turut tewas di pusingan pertama Terbuka China minggu lalu.
Kali ini Zii Jia tersungkur kepada Taiwan, Lee Chia Hao pada aksi pusingan kedua.
Zii Jia dilihat mempunyai peluang cerah untuk mara ke separuh akhir selepas disingkirkan pemain nombor satu dunia Denmark, Viktor Axelsen pada pusingan pertama.
Dia bermula dengan baik memenangi set pertama 21-19 tetapi tewas set kedua 17-21 untuk membawa perlawanan ke set penentuan.
Dalam aksi penuh mendebarkan itu, Zii Jia dilihat berada di ambang kemenangan apabila mendahului 11-7 namun bagaikan hilang arah dan akhirnya tewas 20-22.
Sementara itu, hasrat beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing untuk meneruskan kemaraan tidak kesampaian apabila turut tewas di pusingan kedua.
Kian Meng-Pei Jing tidak dapat meneruskan rentak itu apabila terpaksa akur tewas di tangan pasangan Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito 16-21, 18-21.
Sumber: hmetro
Mohon juga (Tekan Link Dibawah):
- Pengambilan Besar-Besaran Jawatan Kosong Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
- Bantuan Tunai RM2700 ‘One-Off’ Untuk Senarai Penerima B40 Berkelayakan
- Rasmi : Pengeluaran KWSP Secara Online Menggunakan i-Akaun Kini Boleh Dilakukan – Semak Disini
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021